Jadi, bagaimana untuk membayar baki cukai anda?
Jika anda mempunyai baki yang perlu dibayar, anda perlu membuat pembayaran sebelum tarikh akhir pemfailan. Berikut adalah beberapa cara anda boleh membayar cukai pendapatan anda:
- Perbankan dalam talian melalui FPX
- Pembayaran kad kredit dalam talian melalui ByrHASiL
- Pos Malaysia (Tunai sahaja)
- Melalui ATM (CIMB Bank, Maybank & Public Bank sahaja)
Bagaimana jika anda membayar cukai berlebihan?
Anda juga kemungkinan terlebih membayar cukai anda. Ini disebabkan oleh apa yang telah anda bayar melalui PCB. LHDN akan memproses bayaran balik cukai anda secara automatik selepas anda memfailkan borang cukai anda. Wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah anda berikan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengisytiharan dibuat.
Sebagai pembayar cukai di Malaysia, sistem e-Filing dapat menjimatkan masa malah senang digunakan. Walau bagaimanapun, anda mungkin masih tidak pasti sama ada anda layak mendapat pelepasan dan potongan cukai.
Jangan risau, kerana peringatan pelepasan cukai CIMB adalah inisiatif yang akan membantu anda memaksimumkan penjimatan cukai anda. Peringatan ini akan dihantar kepada pemegang-pemegang kad CIMB apabila mereka melakukan transaksi yang mungkin layak mendapat pelepasan cukai untuk setiap tahun taksiran.
Kami berharap bahawa panduan berguna kami untuk e-Filing terutama semasa musim cukai dapat mengurangkan tekanan anda dan memudahkan urusan anda! Ikuti kami untuk panduan dan nasihat kewangan lain.