Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Sudah pernah memohon?

Jika anda belum melengkapkan permohonan terdahulu, sambung permohonan anda dengan mudah.

Semak Imbas Akaun Simpanan

Untuk senarai Produk Deposit yang dilindungi oleh PIDM, klik di sini.

 

{{primaryFilter.title}}

Buka akaun baharu secara dalam talian dari mana-mana sahaja anda berada.

Inginkan akaun bank untuk keperluan harian yang mudah dan selamat? Buka Akaun Semasa/Simpanan/-i CIMB secara dalam talian dari keselesaan rumah anda, pada bila-bila masa.

Buka akaun baru dalam talian pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Maklumat Lain

 

Apa itu akaun simpanan/-i?

 

Akaun simpanan/-i adalah produk deposit yang membolehkan anda untuk menyimpan, meningkatkan, dan mengeluarkan wang anda dengan selamat dan mudah. Anda juga akan memperoleh keuntungan atau faedah atas baki akaun simpanan/-i anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kadar keuntungan dan kadar faedah CIMB, sila lawati halaman kami yang berikut:

 

 

Apa itu ePenyata?

 

ePenyata adalah penyata akaun bulanan anda dalam versi PDF. Anda mempunyai pilihan untuk memuat turun dari perbankan dalam talian CIMB Clicks atau menerimanya melalui emel (Penghantaran Penyata Emel).

 

 

Apakah manfaat mempunyai akaun simpanan/-i dengan CIMB?

 

Di CIMB, kami mempunyai pelbagai jenis akaun simpanan Konvensional dan Islamik yang sesuai dengan keperluan perbankan anda.

Terdapat pelbagai manfaat membuka akaun simpanan/-i, seperti:

 

  • Akses mudah kepada simpanan: Akaun simpanan/-i direka untuk memudahkan akses kepada wang anda. Anda boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa dari ATM, secara dalam talian, atau dengan melawat cawangan bank kami.

  • Kemudahan: Akaun simpanan/-i menawarkan kemudahan perbankan dalam talian, perbankan mudah alih, dan perkhidmatan digital lain yang memudahkan pengurusan wang anda dari mana-mana sahaja.

  • Pengurusan perbelanjaan: Jejak perbelanjaan, pembayaran bil, dan pembelian anda dengan mudah menggunakan Aplikasi CIMB OCTO dan perbankan dalam talian CIMB Clicks.

 

 

Bolehkah saya membuka akaun simpanan/-i secara dalam talian?

 

Sudah tentu! CIMB menawarkan pelbagai akaun simpanan/-i yang boleh dibuka secara dalam talian dengan mudah. Akaun-akaun ini mempunyai pilihan "Pembukaan Akaun Digital" pada halaman produk masing-masing. Cari sahaja akaun yang sesuai dengan keperluan anda, dan klik butang "Mohon Sekarang" untuk bermula. Namun begitu, sesetengah produk hanya terdapat di cawangan bank kami.

 

 

Dokumen apa yang saya perlukan untuk membuka akaun simpanan/-i dengan CIMB?

 

Anda memerlukan kad pengenalan (NRIC) atau pasport dan deposit permulaan minimum untuk membuka akaun simpanan/-i. Sila rujuk bahagian ‘Kelayakan’ dan ‘Keperluan’ di halaman produk akaun simpanan/-i pilihan anda untuk maklumat lengkap.