Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP)

 

Notis Privasi

 

(Jika anda membaca Notis Privasi ini bagi pihak badan korporat / syarikat perniagaan yang mengekalkan / pernah mengekalkan hubungan kontrak dengan CIMB, Penyataan Privasi ini bertujuan untuk disasarkan kepada, tanpa batasan, pegawai individu yang berkenaan (cth. penandatangan/peniaga dan setiausaha syarikat yang sah), pengarah, pemegang saham, pemilik berfaedah (cth. pemilik tunggal dan rakan kongsi), penjamin atau peminjam badan korporat / syarikat perniagaan tersebut (“Individu yang Berkenaan”) dan “anda” akan ditafsirkan dengan sewajarnya bagi maksud Individu yang Berkenaan).

 

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi undang-undang Malaysia.

 

Oleh itu, Notis Privasi ini direka untuk menerangkan dan menghuraikan beberapa dasar dan prinsip kami yang berkaitan dengan privasi maklumat peribadi anda, kesemuanya yang telah kami pakai sebagai tanda komitmen kami untuk menghormati, meyelenggara dan melindungi privasi maklumat peribadi anda.

 

Kumpulan CIMB hanya akan mengumpul, merekodkan, memegang, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu “proses”) menggunakan maklumat peribadi anda mengikut undang-undang tersebut (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang / peraturan-peraturan perlindungan data atau privasi lain yang terpakai), Notis Privasi ini dan terma privasi dalam perjanjian anda dengan mana-mana entiti Kumpulan CIMB yang anda mungkin telah berurusan dengan.

 

 

Notis Privasi ini menerangkan:

 

  • Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan cara kami mengumpulnya
 
  • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
 
  • Pihak-pihak yang kami mendedahkan maklumat peribadi anda kepada
 
  • Pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara untuk mengakses dan mengemas kini maklumat peribadi anda
     

Privasi anda penting kepada kami, jadi sila luangkan masa untuk mengetahui amalan kami dan jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi wakil Pusat Panggilan kami di +603 6204 7788.

 

Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

  • "Kumpulan CIMB" merujuk kepada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat yang berkaitan, seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat-syarikat yang dikawal bersama, yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang dikawal selia, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan lain-lain bentuk kehadiran yang beroperasi di luar Malaysia melainkan dan setakat dinyatakan sebaliknya.
 
  • "Maklumat Peribadi" merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat, pekerjaan, butiran hubungan, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai jika anda seorang individu.

Apakah Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan Dan Cara Kami Mengumpulnya:

 

Untuk membolehkan kami menangani pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/kemudahan untuk anda dan/atau secara amnya menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin perlu dan/atau mungkin dikehendaki memproses maklumat peribadi dan maklumat kewangan tentang anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

  • maklumat peribadi termasuk butiran, imej dan biometrik anda untuk mewujudkan identiti dan latar belakang anda;
 
  • spesimen tandatangan, serta tandatangan digital atau elektronik seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai;
 
  • maklumat peribadi untuk menubuhkan kedudukan kewangan anda, butiran pekerjaan, kepercayaan kredit dan/atau kesesuaian bagi mana-mana produk/perkhidmatan kami yang dipohon (jika diperlukan).
 
  • maklumat peribadi yang anda berikan apabila anda memohon mana-mana produk dan perkhidmatan kami, termasuk pandangan atau pendapat anda yang dimaklumkan kepada kami melalui maklum balas atau tinjauan;
 
  • maklumat berkenaan profil risiko, pelaburan, cukai dan insurans, objektif pelaburan, pengetahuan dan pengalaman dan/atau kepentingan perniagaan dan aset anda;
 
  • maklumat berkaitan dengan aktiviti, tabiat, pilihan dan minat anda yang didapati daripada penggunaan produk dan perkhidmatan Kumpulan CIMB, rakan kongsi atau vendor kami oleh anda;
 
  • data elektronik atau maklumat lain yang berkaitan dengan anda seperti alamat IP, kuki, log aktiviti, pengecam dalam talian dan data lokasi melalui penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda atau sebagai sebahagian daripada penyampaian mereka kepada anda.

Kami boleh mendapatkan maklumat ini daripada diri anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

 

  • melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang permohonan, apabila anda mengendalikan akaun anda dan menggunakan produk atau perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, pertandingan dan promosi, dan semasa ulasan kewangan;
 
  • melalui komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami dan/atau ejen berkuasa kami melalui SMS, telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai;
 
  • daripada analisis cara anda menggunakan dan mengurus akaun/kemudahan anda dengan kami, daripada transaksi yang anda buat dan dari pembayaran yang di buat ke/dari akaun/kemudahan anda;
 
  • daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama, pembekal keselamatan, penjamin dan penanggung hutang, tertakluk kepada persetujuan anda terlebih dahulu; dan/atau
 
  • daripada sumber-sumber lain yang berkenaan yang anda telah memberikan persetujuan anda kepada mereka untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau sebaliknya mereka tidak terhalang daripada mendedahkan maklumat tersebut.
 
  • dari rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis kami;
 
  • daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa kerajaan dan/atau agensi penguatkuasa undang-undang yang berkaitan untuk memastikan antara lain kedudukan kewangan semasa dan masa lalu;
 
  • daripada sumber-sumber lain (contohnya dari agensi pelaporan/rujukan kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, FIS dan/atau mana-mana biro atau agensi lain yang ditubuhkan atau bakal ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana subsidiarinya, atau oleh pihak berkuasa lain dan/atau dari mana-mana institusi kewangan);
 
  • maklumat yang diterima daripada tuntutan insurans atau dokumen lain; dan/atau
 
  • daripada apa-apa maklumat yang dibekalkan dan/atau di kumpul apabila anda melawat laman web kami dan/atau memuat turun aplikasi peranti mudah alih kami yang mungkin termasuk alamat IP peranti anda atau daripada data yang dikumpulkan melalui kuki.

Kami menggunakan kuki untuk beberapa tujuan, termasuk untuk menyimpan keutamaan anda untuk jenis maklumat atau produk tertentu, analisis selanjutnya untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, untuk meningkatkan produk kami dan/atau memperibadikan perkhidmatan kami kepada anda. Kuki adalah fail teks kecil yang mengumpulkan maklumat tentang pengguna dan lawatan mereka ke laman web atau penggunaan aplikasi, seperti alamat Protokol Internet (IP) mereka, bagaimana mereka tiba di laman web (contohnya, melalui mesin carian atau pautan dari laman web lain) dan bagaimana mereka melayari dalam laman web atau aplikasi mudah alih.

 

Anda boleh melaraskan tetapan pada pelayar dan/atau peranti mudah alih anda supaya anda akan dimaklumkan apabila anda menerima kuki atau alat penjejakan yang serupa. Sila rujuk dokumentasi pelayar anda untuk memeriksa sama ada alat penjejakan telah didayakan pada komputer dan/atau peranti mudah alih anda atau meminta untuk tidak menerima kuki atau menyahdayakan kuki jika anda tidak mahu maklumat dikumpulkan melalui penggunaan kuki. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian jika anda mengaktifkan penyekatan atau menyahdayakan kuki, ini mungkin mengehadkan ciri dan fungsi tertentu dalam penggunaan laman web atau laman mudah alih kami.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

 

Selain daripada yang dinyatakan di atas, kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut:

 

  • untuk menilai permohonan /permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan kami;
 
  • untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda;
 
  • untuk menjalankan pemeriksaan kredit (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemohonan kredit dan semakan kredit secara berkala atau khas yang biasanya akan dilakukan sekali atau lebih setiap tahun) dan memperolehi atau menyediakan rujukan kredit;
 
  • untuk mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda dengan kami;
 
  • untuk menguruskan perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami dengan lebih baik;
 
  • untuk lebih memahami keperluan pelaburan semasa dan masa depan anda dan keadaan kewangan anda;
 
  • untuk memasarkan dan memberi anda maklumat mengenai produk kami dan/atau produk pihak ketiga yang terpilih, perkhidmatan, tawaran dan/atau peraduan yang mungkin menarik minat anda  (di mana kami mungkin diberi atau tidak diberi ganjaran) termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan kekayaan dan perkhidmatan dan produk yang berkaitan dan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh rakan kongsi penjenamaan bersama dan bancassurance (nama-nama rakan kongsi tersebut akan diberikan semasa permohonan perkhidmatan dan produk yang berkaitan) dan dalam hal ini, untuk menghubungi anda melalui khidmat sistem pesanan ringkas (“SMS”), telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial atau pesanan, secara peribadi dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai;
 
  • untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami dan untuk menguji, meneliti, menganalisis dan membangunkan produk baru /ciri-ciri baru produk dan/atau perkhidmatan baru;
 
  • untuk mengkaji bagaimana anda menggunakan produk dan/atau perkhidmatan tersebut (analisis untuk mempromosikan produk/perkhidmatan);
 
  • untuk memberitahu anda tentang faedah dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan;
 
  • untuk mentadbir tawaran, pertandingan dan promosi;
 
  • untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian secara umum;
 
  • untuk mengemaskini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;
 
  • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dianonimkan atau diagregatkan dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai individu;
 
  • untuk menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami;
 
  • untuk memenuhi syarat pendedahan mana-mana undang-undang yang mengikat Kumpulan CIMB;
 
  • untuk mencipta dan mengekalkan model kredit, tingkah laku dan risiko yang berkaitan untuk kredit automatik atau penilaian kesesuaian dan/atau sebarang tujuan berkaitan dengan tujuan atau fungsi audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
 
  • untuk menganalisis penilaian kredit dan tingkahlaku pembayaran balik anda sebagai sebahagian daripada proses pinjaman;
 
  • untuk menilai risiko kewangan dan insurans;
 
  • untuk memindahkan atau memperuntukkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;
 
  • untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan sebarang hutang yang terhutang kepada kami;
 
  • untuk menjalankan pemeriksaan pencegahan pengubahan wang haram untuk pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
 
  • untuk mematuhi mana-mana kehendak sekatan atau penguatkuasaan undang-undang;
 
  • untuk menguatkuasakan dan/atau mempertahankan mana-mana hak kami; dan/atau
 
  • untuk sebarang tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau perintah oleh mana-mana mahkamah dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Sila yakin bahawa kami akan meminta persetujuan anda sebelum menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan dalam terma privasi dalam perjanjian anda dengan mana-mana entiti Kumpulan CIMB.

 

Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

 

Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini berkaitan dengan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan maklumat tentang anda dan/atau akaun dan/atau kemudahan anda bersama kami (serta dengan entiti lain dalam Kumpulan CIMB sama ada di dalam atau di luar Malaysia) kepada:

 

  • entiti lain dalam Kumpulan CIMB, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
 
  • syarikat dan individu yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, sekutu, penyedia perkhidmatan, pedagang dan strategik/ rakan kongsi perniagaan, peguam, pelelong, penilai dan/atau penasihat profesional kami (termasuk sub-ejen, sub-kontraktor, sekutu, penyedia perkhidmatan, ejen dan penasihat professional), dan pekerja, pengarah, pegawai daripada semua pihak yang dinyatakan di atas);
 
  • syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta;
 
  • syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang anda minta;
 
  • syarikat dan/atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dalam menyampaikan atau memaklumkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
 
  • bank dan/atau institusi kewangan lain, agensi rujukan kredit, agensi pelaporan kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 atau biro kredit (termasuk yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana subsidiarinya), mana-mana pihak berkuasa, depositori pusat atau ejen depositori berkaitan dengan industri sekuriti; pihak polis; mana-mana badan kerajaan atau pengawalselia dan pihak berkuasa atau badan yang lain, Cagamas Berhad dan/atau Credit Guarantee Corporation Berhad, mana-mana jabatan insolvensi dan ejen pengutip hutang yang dilantik oleh kami;
 
  • mana-mana individu lain di bawah kewajipan kerahsiaan kepada kami (termasuk mana-mana entiti dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad) yang telah berjanji untuk merahsiakan maklumat sulit tersebut;
 
  • mana-mana pemegang amanah, benefisiari, pentadbir atau pelaksana;
 
  • penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional lain) yang diberi kuasa oleh anda;
 
  • mana-mana pihak lain yang anda telah memaklumkan kepada kami sebagai mempunyai kuasa untuk memberi arahan atau menggunakan akaun/kemudahan atau produk atau perkhidmatan bagi pihak anda;
 
  • mana-mana pihak ketiga akibat penyusunan semula kemudahan yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang, atau pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh Kumpulan CIMB, dengan syarat bahawa mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
 
  • mana-mana penjamin atau pemberi jaminan untuk kemudahan yang diberikan oleh kami kepada anda;
 
  • mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyelesaikan apa-apa wang terhutang di bawah kemudahan yang disediakan oleh kami kepada anda;
 
  • mana-mana agensi penarafan, penanggung insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
 
  • mana-mana institusi kewangan, pedagang, VISA International Services Association, MasterCard International Incorporated dan persatuan kad lain yang berhubungan dengan mana-mana kad kredit dan/atau kad debit yang dikeluarkan kepada anda oleh kami;
 
  • perantara, koresponden dan ejen bank anda, rumah penjelasan, sistem penjelasan atau penyelesaian, rakan niaga pasaran dan mana-mana syarikat yang anda laksanakan perkhidmatan pelaburan melalui kami;
 
  • sebarang penguatkuasaan undang-undang, kerajaan, mahkamah, badan penyelesaian pertikaian dan badan pengawalseliaan termasuk Bank Negara Malaysia dan anggota atau parti yang dilantik oleh mereka; dan/atau
 
  • mana-mana pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami di bawah perjanjian anda dengan kami.
 
  • tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan Kumpulan CIMB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia). Pihak ketiga yang disebutkan di atas mungkin berada di luar Malaysia.

Pemasaran

 

Terdapat keadaan di mana kami mungkin berkongsi maklumat mengenai anda yang tidak dapat dikenal pasti secara peribadi kepada pihak ketiga, seperti pengecam pengiklanan atau pengekodan sehala (e.g. hash kriptografi) pengecam akaun biasa, seperti nombor hubungan atau alamat e-mel, untuk membolehkan pengiklanan yang disasarkan.

Selain itu, entiti individu dalam Kumpulan CIMB, peniaga dan rakan kongsi strategik kami boleh menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang kami percaya mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kewangan kepada anda. Harap maklum bahawa pendedahan kepada entiti lain dalam kumpulan korporat CIMB Group Holdings Berhad untuk tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan sekiranya pendedahan tersebut tidak dibenarkan oleh anda. Selanjutnya, adalah dimaklumkan juga bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda (yang tidak termasuk maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun anda) kepada pihak ketiga seperti pedagang dan rakan kongsi strategik kami untuk tujuan pemasaran dan promosi di mana persetujuan nyata anda telah diperolehi terlebih dahulu dan tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) berkaitan dengan Kumpulan CIMB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia)

 

Anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa jika anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran langsung daripada kami, daripada mana-mana entiti dalam Kumpulan CIMB dan/atau dari pedagang dan rakan kongsi strategik kami dengan memberitahu kami di alamat/nombor telefon/alamat e-mel yang dinyatakan di hujung Notis Privasi ini. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai. Dalam keadaan tertentu di mana komunikasi pemasaran dari kami dihantar melalui "browser push" ke peranti mudah alih anda, anda perlu mengikuti langkah-langkah tertentu untuk menghentikan penerimaan komunikasi pemasaran daripada kami.

 

Kami akan menganggap maklumat peribadi anda sebagai peribadi dan sulit dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa di luar Kumpulan CIMB kecuali:

 

  • di mana anda telah memberi persetujuan nyata seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan kami dan/atau berdasarkan persetujuan dan kebenaran oleh anda seperti yang terkandung dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam Terma dan Syarat yang mentadbir produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan kami;
 
  • di mana kami dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang;
 
  • apabila dikehendaki atau diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kumpulan CIMB;
 
  • di mana kami boleh memindahkan hak dan kewajipan menurut perjanjian kami dengan anda; dan/atau
 
  • di mana kami dikehendaki memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).

Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

 

Maklumat adalah aset kami dan oleh itu Kumpulan CIMB meletakkan kepentingan yang besar dalam memastikan keselamatan maklumat peribadi anda. Kami sentiasa mengkaji semula dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi terkini semasa memproses maklumat peribadi anda.

 

Kakitangan Kumpulan CIMB telah dilatih untuk mengendalikan maklumat peribadi dengan selamat dan dengan penuh hormat, dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka mungkin tertakluk kepada tindakan disiplin.

Pengekalan Maklumat Peribadi Anda

 

Kumpulan CIMB akan mengekalkan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan entiti Kumpulan CIMB bagi tempoh hubungan anda dengan kami, atau seperti yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab kami terhadap anda atau untuk menguatkuasakan atau melindungi kepentingan Kumpulan CIMB dan/atau pelanggannya sebagaimana yang dianggap perlu, atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai dan dasar Kumpulan CIMB berkaitan dengan pengekalan maklumat.

Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Disediakan oleh Anda Tidak Lengkap?

 

Jika dinyatakan (contohnya dalam borang permohonan atau borang pembukaan akaun), adalah wajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda menolak untuk memberikan maklumat peribadi yang wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda.

Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda

 

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami.

 

Jika anda ingin mengakses maklumat peribadi anda dalam milik Kumpulan CIMB, atau di mana anda berpendapat bahawa maklumat peribadi tersebut yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami melalui Borang Permohonan Akses Data (Data Access Request Form) atau Borang Permohonan Pembetulan Data (Data Correction Request Form) kami. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan-cawangan kami.

 

Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari selepas menerima Borang Permohonan Akses Data/Borang Permohonan Pembetulan Data yang telah lengkap dan yuran pemprosesan yang berkaitan (jika ada).

 

Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan CIMB mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersial yang sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memberitahu anda tentang sebab-sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan CIMB boleh menggunakan budi bicaranya dalam membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau mungkin memerlukan bukti dokumentari lanjut mengenai maklumat baru untuk mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.

 

Sila bantu kami untuk memastikan maklumat peribadi anda (seperti alamat, alamat e-mel dan nombor telefon anda yang direkodkan dengan kami) adalah terkini, lengkap dan tepat dengan memaklumkan kepada kami sebarang perubahan data peribadi anda yang telah direkodkan dengan kami bagi memastikan segala surat-menyurat dan/atau komunikasi tiba kepada anda adalah tepat pada masanya dan untuk membolehkan kami melayani anda dengan lebih baik.

Melaksanakan Pilihan Atas Pendedahan, Pengekalan Dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda

 

Tertakluk sentiasa kepada hak dan kewajipan kontraktual kami di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan, anda boleh menggunakan pilihan anda berkenaan dengan pendedahan, pengekalan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami di alamat/nombor telefon/alamat e-mel yang diberikan di hujung Notis Privasi ini.

 

Sila ambil perhatian bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web kami mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan kami yang tidak boleh disingkirkan tanpa menjejaskan penyampaian/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, operasi akaun anda dan/atau kemudahan anda dengan kami, dan/atau kos tambahan kepada anda.

 

Semakan Semula Notis Privasi

 

Notis Privasi ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa. Notis sebarang semakan semula tersebut akan diberikan di laman web CIMB dan/atau dengan apa-apa cara komunikasi yang lain yang dianggap sesuai oleh Kumpulan CIMB.

 

Menghubungi Kumpulan CIMB Mengenai Privasi Anda Dan Cara Kami Mengendalikan Maklumat Peribadi Anda

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi Ketua Unit Resolusi Pelanggan kami seperti berikut:

Nombor telefon +603 6204 7788
Borang Maklum Balas https://www.cimb.com.my/feedback.html#personal
E-Mail cru@cimb.com
Alamat

Jabatan Khidmat Pelanggan

CIMB Bank Berhad/CIMB Islamic Bank Berhad

P O Box 10338

GPO Kuala Lumpur

50710 Wilayah Persekutuan

Dikemaskini pada: 31 Mac 2022