Cari
Back
Akaun  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
 
Kempen Riuh Durian Runtuh 2026
Deposit atau pindah dana ke Akaun DURIAN-i dan anda berpeluang memenangi emas & wang tunai bernilai lebih RM1.4 juta! Belum ada akaun? Buka akaun sekarang.
Sah sehingga 31st Dec 2026
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Tawaran & Promosi
Promosi Terkini
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

KAMI MENGHARGAI PRIVASI ANDA. KETAHUI PENGGUNAAN KUKI KAMI.

 

 

Apabila anda melawat sesebuah laman web, maklumat boleh disimpan pada atau diambil/diakses daripada pelayar anda, terutamanya melalui penggunaan kuki. Kuki ialah fail teks kecil yang mengumpul maklumat mengenai aktiviti anda pada laman web atau mengenal pasti peranti anda, seperti alamat IP anda, cara anda mengakses laman web dan cara anda melayari kandungannya.

 

Maklumat yang dikumpulkan mungkin berkaitan dengan anda, pilihan anda, atau peranti yang anda gunakan. Ia digunakan terutamanya untuk menyesuaikan pengalaman pelayaran anda dengan memudahkan akses kepada maklumat serta memperibadikan kandungan dan pengiklanan atau pemasaran mengikut minat anda. Hal ini dilakukan dengan menyimpan pilihan anda serta menganalisis corak penggunaan dan halaman yang dikunjungi bagi menambah baik perkhidmatan, produk, dan ciri-ciri laman web kami. Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk mengurus dan menetapkan kuki mengikut keperluan serta pilihan pelayaran anda.

 

Kuki boleh dikategorikan berdasarkan tujuan penggunaannya dan tempoh penyimpanannya, seperti yang diterangkan di bawah. Anda boleh mengurus serta mengemas kini pilihan kuki anda pada bila-bila masa melalui Tetapan Kuki kami.

 

 

1.          TUJUAN

 

  • Kuki Penting atau Khusus yang diperlukan — Kuki ini memastikan laman web kami berfungsi dengan baik serta membolehkan anda menggunakan ciri-ciri terasnya. Kuki ini digunakan untuk menetapkan pilihan privasi anda, log masuk ke akaun, dan pengisian borang. .Oleh sebab kuki ini penting bagi pengendalian laman web, ia tidak boleh disekat/dimatikan dalam sistem kami Kuki ini diperlukan untuk anda melayari dan menggunakan ciri-ciri yang terdapat di laman web, seperti mengakses kawasan yang terjamin termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pemilihan bahasa atau pilihan serantau anda, log masuk atau pengisian borang. Contoh laman web lain yang menggunakan kuki termasuklah laman web perniagaan yang membolehkan anda menyimpan item di dalam troli semasa anda membeli-belah secara atas talian. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menyekat atau memberi notifikasi berkenaan kuki ini, tetapi beberapa bahagian laman web tidak akan berfungsi akibatnya. Kuki ini secara amnya akan menjadi kuki sesi pihak pertama CIMB sendiri, dan tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi. (contohnya: maklumat hubungan atau nombor kad pengenalan).

 

  • Kuki Kefungsian — Juga dikenali sebagai “Kuki KeutamaanKefungsian”, kuki ini kuki ini membantu kami menyediakan pengalaman pelayaran yang lebih diperibadikan dengan mengingati pilihan anda. Kuki ini menyokong fungsi yang dipertingkatkan dengan menyimpan tetapan seperti pilihan bahasa, lokasi negara, cawangan bank atau laman mikro pilihan anda. Kuki ini tidak menyimpan nama pengguna dan kata laluan kerana perkara tersebut tidak dibenarkan di bawah peraturan perbankan dan perkhidmatan kewangan. Sekiranya anda tidak membenarkan penggunaan kuki ini, sebahagian atau semua fungsi serta perkhidmatan di laman web ini mungkin tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

 

  • Kuki Prestasi — Juga dirujuk sebagai kuki "analisis", kuki ini membantu mengukur dan meningkatkan prestasi serta kebolehgunaan laman web kami. Kuki ini mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan laman web, seperti halaman yang paling kerap atau paling kurang dilawati, pautan yang diklik, serta sama ada anda mengalami sebarang mesej ralat semasa melayari laman web kami. Semua maklumat ini dikumpulkan secara agregat dan dianonimkan, dan oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda. Kuki ini juga mungkin merangkumi kuki daripada penyedia perkhidmatan analitik pihak ketiga (seperti vendor atau rakan kongsi kami) yang digunakan khusus untuk CIMB. Sekiranya anda tidak membenarkan kuki ini, kami tidak dapat mengetahui bila anda melawat laman web kami atau memantau prestasinya dengan berkesan.
 
  • Kuki Sasaran Pihak Pertama — Kuki ini digunakan untuk memperibadikan kandungan dan pemasaran yang dipaparkan di laman web CIMB berdasarkan pilihan serta minat yang dikenal pasti melalui aktiviti pelayaran anda. Data yang dikumpulkan diproses secara eksklusif oleh kami dan tidak dikongsi dengan laman web lain. Walaupun kuki ini tidak menyimpan data peribadi secara langsung, ia mengenal pasti pelayar atau peranti anda secara unik bagi memastikan kandungan, pemasaran serta tawaran yang dipaparkan kepada anda lebih berkaitan dengan minat dan keutamaan anda.

 

  • Kuki Sasaran Pihak Ketiga— Kuki ini berasal dari pelbagai platform media sosial yang disepadukan ke dalam laman web kami untuk memudahkan perkongsian kandungan dengan rakan dan rangkaian anda. Kuki ini berkebolehan  untuk menjejaki aktiviti pelayaran anda di laman web lain, mencipta profil minat anda. Ini boleh mempengaruhi kandungan dan mesej yang dipaparkan di laman web lain yang anda lawati. Kuki ini membantu memastikan iklan atau kandungan yang dipaparkan kepada anda di platform lain lebih berkaitan dengan minat anda. Kuki ini diletakkan pada pelayar anda oleh rakan kongsi pihak ketiga kami untuk menjejaki aktiviti pelayaran anda merentasi pelbagai laman web bagi membina profil minat anda. Jika dibenarkan, rakan kongsi pihak ketiga tersebut boleh memperkayakan maklumat ini dengan data yang diperoleh daripada sumber mereka sendiri atau pihak ketiga yang lain. Kuki ini tidak menyimpan data peribadi anda secara langsung, sebaliknya bergantung pada pengecam unik pelayar atau peranti anda. Sekiranya anda tidak membenarkan kuki ini, iklan atau kandungan yang dipaparkan kepada anda di laman web lain yang anda lawati mungkin menjadi kurang berkaitan dengan minat anda.

 

Kami tidak berkongsi sebarang data peribadi yang boleh mengenal pasti identiti anda dengan pihak ketiga tersebut.

 

 

2.          TEMPOH

 

  • Kuki sesi - Kuki ini adalah sementara dan akan tamat sebaik sahaja anda menutup pelayar anda (atau sebaik sahaja sesi anda berakhir).
 
  • Kuki berterusan - Kuki ini akan kekal dalam simpanan pelayar anda sehingga anda atau pelayar anda memadamkannya, bergantung pada tarikh tamat tempoh kuki (tempoh atau tamat tempoh kuki mungkin berbeza mengikut tujuan).

 

 

3.          PILIHAN MENGENAI KUKI

 

Jika anda ingin memadam Kkuki atau mengarahkan pelayar web anda untuk memadam atau menolak Kkuki, anda boleh mengambil tindakan berikut selain menguruskan pilihan kuki anda melalui tetapan kuki di laman web kami:

 

Anda boleh mengurus tahap aktiviti kuki yang dibenarkan di komputer anda melalui pelayar internet yang anda gunakan dan mendapatkan notifikasi setiap kali sesuatu kuki disimpan oleh pelayar web ke komputer atau peranti anda. Anda boleh mengurus pilihan kuki anda melalui pelayar internet, termasuk memilih untuk menerima pemberitahuan sebelum sebarang kuki disimpan pada peranti anda. Berikut adalah panduan untuk pelayar berikut:

Pelayar Internet Panduan Langkah demi Langkah untuk Menghapuskan Kuki
Google Chrome

1. Pada komputer anda, buka Chrome.

2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi > Tetapan

3. Klik Privasi dan keselamatan > Kuki pihak ketiga.

4. Klik Lihat semua data dan kebenaran laman web > Padam semua data.

5. Untuk mengesahkan, klik Padam.

 

Berikut adalah panduan selanjutnya:

 

Desktop : 

https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en&co=GENIE.Platform%3DDesktop

 

Telefon bimbit : 

https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en&co=GENIE.Platform%3DAndroid

Safari

1. Dalam aplikasi Safari di Mac anda, pilih Safari > Tetapan, kemudian klik Privasi.

2. Klik Urus Data Laman Web.

3. Pilih satu atau lebih laman web, kemudian klik Alih Keluar atau Alih Keluar Semua.

4. Mengalih keluar data mungkin mengurangkan penjejakan, tetapi juga mungkin membuat anda log keluar dari laman web atau mengubah tingkah laku laman web.

Berikut adalah panduan selanjutnya:

Desktop : https://support.apple.com/en-sg/guide/safari/sfri11471/mac

Telefon bimbit : https://support.apple.com/en-my/105082

Microsoft Edge

1. Dalam Edge, pilih Tetapan dan lagi di penjuru kanan atas tetingkap pelayar anda.

2. Pilih Tetapan > Privasi, carian, dan perkhidmatan.

3. Pilih Pilih apa yang hendak dipadam di bawah Padam data pelayaran > Padam data pelayaran sekarang.

4. Di bawah Julat masa, pilih julat masa daripada senarai.

5. Pilih Kuki dan data laman web lain, kemudian pilih Padam sekarang.

 

Berikut adalah panduan selanjutnya:

 

Desktop/Telefon bimbit : https://support.microsoft.com/en-us/microsoft-edge/delete-cookies-in-microsoft-edge-63947406-40ac-c3b8-57b9-2a946a29ae09

Pelayar Internet Lain

Pelayar Asal Samsung:

https://www.samsung.com/uk/support/mobile-devices/using-the-samsung-internet-app/

 

Pelayar Huawei:

https://consumer.huawei.com/en/legal/cookie-policy/

  • Walaupun anda boleh mengurus pilihan kuki anda secara terus melalui tetapan laman web kami, kebanyakan pelayar internet juga ditetapkan secara lalai untuk menerima kuki secara automatik. Anda boleh mengubah tetapan lalai ini dengan melaraskan tetapan pelayar anda untuk menyekat atau menolak penerimaan kuki. Sila ambil perhatian bahawa menyekat, memadam atau melumpuhkan kuki pada peringkat pelayar boleh mengatasi pilihan kuki yang telah anda tetapkan di laman web kami dan menjejaskan kefungsian ciri-ciri tertentu.

 

  • Untuk aplikasi atau peranti mudah alih, anda boleh mengubah tetapan privasi anda dalam parameter telefon bimbit dan pengurusan aplikasi anda melalui tetapan peranti mudah alih anda dan serta menguruskan tetapan bagi setiap aplikasi secara individu.. Sila ambil perhatian bahawa penjejakan dan pemberitahuan dalam aplikasi peranti mudah alih mungkin berbeza daripada web.

 

Berkaitan dengan Kuki Sasaran, anda boleh mengurus pilihan anda pada bila-bila masa melalui tetapan kuki di laman web kami. Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menghapuskan atau melumpuhkan kuki ini, anda masih boleh melihat iklan di platform lain, tetapi iklan tersebut tidak akan disesuaikan berdasarkan minat anda yang dikenal pasti daripada aktiviti anda di laman web kami.

 

Untuk memastikan pilihan privasi anda sentiasa terkini, kami akan meminta anda memperbaharui persetujuan kuki anda setiap 12 bulan. Selain itu, sepanduk kuki kami akan dipaparkan semula sekiranya anda memadamkan simpanan sementara pelayar anda, menggunakan pelayar yang berbeza, atau melayari laman web kami dalam mod penyamaran (“incognito”), kerana tindakan tersebut akan memadamkan pilihan kuki yang telah anda tetapkan.

 

4.          MAKLUMAT LANJUT

 

Panduan dan Notis mengenai Kuki ini dikemas kini pada 20-Jun-2026 dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara CIMB mengurus pilihan privasi anda semasa menggunakan laman web kami, klik untuk membaca lebih lanjut mengenai Polisi Privasi kami.