Bagaimana ia berfungsi?
Jangan Buat
 
  1. Jangan sekali-kali berkongsi butiran akaun anda dengan sesiapa sahaja, melainkan anda tahu siapa mereka.

  2. Jangan buka akaun bank baru untuk menerima dan memindahkan wang daripada orang yang anda tidak kenal.

  3. Jangan terlalu asyik dengan komisen atau persetujuan yang menarik untuk menerima wang yang tidak disahkan.
Apa yang perlu anda lakukan
 
  1. Sentiasa ada rasa curiga dengan iklan kerja yang menjanjikan anda dengan pulangan wang yang banyak hanya untuk beberapa jam kerja setiap bulan.

  2. Berhati-hati dengan syarikat luar negara yang menawarkan pekerjaan, kerana sukar bagi anda untuk mengetahui siapa mereka sebenarnya. Lakukan carian pada syarikat yang menggaji, mengesahkan butiran hubungan mereka dan mengesahkan identiti mereka.

  3. Jangan berurusan dengan orang yang mengkreditkan sejumlah wang besar ke akaun anda dan meminta anda memindahkannya ke akaun lain. Jika anda menjadi mangsa, sila laporkan ke bank anda dengan serta merta.

  4. Sekiranya anda rasa anda mungkin sudah menjadi mangsa penipuan keldai wang, sila bertindak pantas dengan menghubungi bank anda dan pihak polis dengan segera.
Contoh Penipuan Pengambilan E-mel
 

Salah satu kaedah yang paling cepat untuk pengambilan keldai wang hari ini adalah melalui Internet. Jika anda selalu melihat mesej di bawah, berkemungkinan mereka adalah penipu.

 

  1. Dapatkan RM1500-RM4000 seminggu bekerja dari rumah...

  2. Hanya memerlukan 1-2 jam sahaja setiap hari... atau

  3. Komisen 5 -10% untuk “memproseskan pembayaran" atau

  4. Bekerja sebagai 'Ejen Kewangan'/'Ejen Pindahan Wang'