Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Apa itu FRNID?

Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) ialah pelaburan yang memberikan jaminan prinsipal ke atas modal yang dilaburkan jika dipegang sehingga matang, dengan potensi pulangan yang lebih tinggi dikaitkan dengan pelbagai aset pendasar. Ciri-ciri utamanya termasuk:

 

Klik di sini untuk melihat rujukan pendasar/kelas aset.

 

  • Jaminan Prinsipal: Modal permulaan anda dijamin jika pelaburan dipegang sehingga matang.
  • Tenor yang telah dipersetujui: Sesuai untuk pelabur yang bersedia memegang FRNID untuk tempoh / tarikh matang yang telah dipersetujui. Penebusan awal boleh mengakibatkan kehilangan sebahagian daripada jumlah pelaburan awal.
  • Potensi Pulangan: Pulangan terikat dengan prestasi aset pendasar. Pulangan (jika ada), boleh dibayar secara berkala (contoh, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan) berdasarkan struktur produk.
  • Sila ambil perhatian bahawa Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) kadar tetap juga boleh disediakan.

  

Produk ini TIDAK dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

 

Sesuai untuk: Pelabur konservatif

Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam FRNID?

Nikmati

100% Prinsipal Dijamin

jika dipegang sehingga matang

Menawarkan

Risiko Yang Lebih Rendah

solusi pelaburan

Akses

Solusi Tersuai

untuk memenuhi pelbagai senario pasaran & pandangan pelaburan

Manfaat & Keistimewaan

  • Prinsipal Dijamin

    100% prinsipal dijamin, bermakna prinsipal pelaburan awal anda akan dikembalikan kepada anda selagi mana anda memegang produk sehingga ia matang.

  • Akses Kelas Aset

    Pendedahan kepada kelas aset seperti ekuiti asing, komoditi dan indeks, yang biasanya tidak boleh diakses oleh pelabur runcit.

  • Boleh Disesuaikan Sepenuhnya

    Solusi tersuai dengan struktur pembayaran yang pelbagai kerana ia tersedia memenuhi pelbagai mata wang, tempoh, pilihan tunggal atau sekumpulan pendasar.

     

    Pelanggan boleh memilih daripada aset pendasar yang terdiri daripada risiko yang lebih rendah, seperti kadar faedah, hingga risiko yang lebih tinggi, seperti ekuiti, dengan potensi pulangan tanpa merisikokan modal mereka.

Apakah Risiko Utama Produk?

Risiko Kredit

  • Pelaburan ini adalah dijamin prinsipal jika pelaburan dipegang sehingga matang. Pelaburan ini TIDAK dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Pembayaran Amaun Prinsipal atau pulangan (kupon) bagi Pelaburan ini bergantung kepada keupayaan Bank untuk membuat pembayaran tersebut.

 

Risiko Pasaran

  • Pulangan Pelaburan mungkin bergantung kepada prestasi Aset Pendasar. Ini  termasuk kemungkinan bahawa pulangan Pelaburan ini mungkin jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan, atau bahkan tiada pulangan sama sekali yang mungkin terhasil daripada Pelaburan ini.

 

Risiko Penebusan Awal

  • Jika pelaburan ini ditebus lebih awal daripada tempoh matang disebabkan oleh penebusan awal, pelabur mungkin tidak semestinya menerima harga penebusan yang sama seperti jika ia dipegang sehingga matang, termasuk kemungkinan beberapa tahap kerugian prinsipal. 

Kelayakan

Jumlah pelaburan minimum sebanyak RM65,000

Nota Penting


AMARAN
PRODUK INI DIJAMIN PRINSIPAL OLEH BANK PENERBIT APABILA MATANG SAHAJA. JIKA PRODUK DITEBUS ATAU DIJUAL SEBELUM MATANG, PELANGGAN MUNGKIN KEHILANGAN SEBAHAGIAN DARIPADA JUMLAH DEPOSIT AWAL. PULANGAN PRODUK INI TIDAK MENENTU DAN PELANGGAN BERISIKO UNTUK TIDAK MEMPEROLEH SEBARANG PULANGAN. PRODUK INI TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA.

Ahli PIDM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus perhubungan anda atau lawati mana-mana cawangan CIMB Bank kami.