Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Apakah itu Produk Berstruktur Islam?

Produk Berstruktur Islam ialah pelaburan yang membolehkan penyelesaian tersuai yang disesuaikan dengan pandangan pasaran tertentu atau profil pulangan risiko. Ciri-ciri utamanya termasuk:

 

  • Penyesuaian: Produk Berstruktur Islam yang ditawarkan oleh CIMB boleh disesuaikan sepenuhnya untuk memenuhi objektif peribadi pelabur, seperti kepelbagaian, leveraj, peningkatan hasil, akses kepada kelas aset bukan tradisional, dan penukaran.  
  • Profil Risiko dan Pulangan: Menawarkan tahap risiko dan potensi pulangan yang berbeza-beza, membolehkan pelabur memilih produk yang sejajar dengan toleransi risiko dan matlamat pelaburan mereka.
  • Peluang dalam Pelbagai Keadaan Pasaran: Produk ini direka untuk memberi peluang kepada pelabur memperoleh potensi pulangan merentasi keadaan pasaran yang berbeza.
  • Tempoh yang telah dipersetujui: Sesuai untuk pelabur yang bersedia menyimpan Produk Berstruktur Islam untuk suatu tempoh / tarikh matang yang telah dipersetujui. Penebusan awal boleh mengakibatkan kerugian sebahagian atau keseluruhan jumlah pelaburan awal.
  • Potensi Pulangan: Pulangan adalah terikat dengan prestasi aset. Pulangan (jika ada), boleh dibayar secara berkala (contoh, suku tahunan, separuh tahunan atau tahunan) berdasarkan struktur produk.

 

Klik di sini untuk melihat pelbagai pilihan rujukan pendasar kami.

 

Produk ini TIDAK dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

 

Sesuai untuk: Pelabur Defensif kepada Agresif

Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam Produk Terstruktur Islam

Peroleh

Pendedahan Yang Pelbagai

kepada pelbagai kelas aset

Nikmati

Penyelesaian Tersuai

yang direka untuk memenuhi pelbagai keadaan pasaran 

Boleh Disesuaikan

Profil Pulangan-risiko

sejajar dengan matlamat pelaburan

Manfaat & Keistimewaan

  • Portfolio Pelaburan Yang Pelbagai

    Produk berstruktur menawarkan alternatif kepada pelaburan langsung dalam kelas aset pendasar dengan meluaskan rangkaian aset pendasar dalam portfolio pelabur.

  • Disesuaikan Sepenuhnya

    Solusi tersuai dengan struktur pembayaran yang pelbagai untuk menjana pendapatan daripada pelaburan anda yang merentasi pelbagai senario pasaran.

  • Sumber Pendapatan Tetap

    Berpotensi memperoleh keuntungan tetap  sepanjang tempoh pelaburan.

  • Kebolehcapaian Kelas Aset

    Pendedahan kepada kelas aset seperti ekuiti asing, komoditi dan indeks, yang biasanya tidak boleh diakses oleh pelabur runcit.

Apakah Risiko Utama Produk?

Risiko Kredit

  • Pembayaran Amaun Prinsipal atau pulangan (keuntungan) bagi Pelaburan ini bergantung kepada keupayaan Bank untuk membuat pembayaran tersebut. Oleh itu, Pelabur mengambil risiko kredit Bank sebagai penerbit kepada Pelaburan. Pelaburan ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.

 

Risiko Pasaran

  • Pulangan Pelaburan mungkin bergantung kepada prestasi Aset Pendasar. Ini  termasuk kemungkinan bahawa pulangan Pelaburan ini mungkin jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan, atau bahkan tiada pulangan sama sekali yang mungkin terhasil daripada Pelaburan ini.

 

Risiko Penebusan Awal

  • Jika pelaburan ini ditebus lebih awal daripada tempoh matang disebabkan oleh penebusan awal, pelabur mungkin tidak semestinya menerima harga penebusan yang sama seperti jika ia dipegang sehingga matang, termasuk kemungkinan kerugian sebahagian atau keseluruhan jumlah pelaburan awal.

Kelayakan

Bermula dengan jumlah pelaburan minimum sebanyak RM40,000

Nota Penting

Bahan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

AMARAN
PULANGAN KE ATAS PELABURAN PRODUK BERSTRUKTUR ANDA AKAN DIPENGARUHI OLEH PRESTASI ASET/RUJUKAN PENDASAR DAN UNTUK MENDAPATKAN SEMULA PELABURAN PRINSIPAL ANDA IANYA MUNGKIN TERJEJAS JIKA ANDA MEMBUAT PENEBUSAN AWAL. PELABURAN PRODUK BERSTRUKTUR INI TIDAK DIINSURANSKAN OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA.

AHLI PIDM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus perhubungan anda atau lawati mana-mana cawangan CIMB Islamic Bank kami, terletak bersama di cawangan CIMB Bank di seluruh negara.