Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Apa itu Sukuk?

Sukuk ialah instrumen hutang Islam yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat untuk membiayai operasi mereka.

 

Sebagai balasan, penerbit boleh memberikan pulangan (biasanya dikenali sebagai "keuntungan"). Keuntungan ini dibayar pada selang masa yang telah ditetapkan (biasanya setiap tahun atau setengah tahun) dan prinsipal dikembalikan pada tarikh matang.

 

Sesuai untuk: Pelabur Konservatif hingga Agresif

Mengapa Anda Perlu Melabur Dalam Sukuk

Mendapatkan

Aliran Keuntungan Yang Konsisten

Nikmati

Pelaburan Yang Stabil

Nikmati Potensi

Peningkatan Nilai Modal

Manfaat & Keistimewaan

  • Sumber Keuntungan Tetap dan Berkala

    Berpotensi memperoleh keuntungan tetap sepanjang tempoh Sukuk.

  • Pelbagai Pilihan

    Pilih daripada pelbagai pilihan kertas Sukuk korporat yang berada di bawah undang-undang Syariah dalam mata wang yang berbeza untuk dipadankan dengan selera risiko anda, dengan penerbit terdiri daripada kerajaan yang dinilai tinggi hingga syarikat terkemuka.

  • Mampu Milik

    Sukuk Kerajaan boleh diakses oleh pelabur dengan pelaburan minimum yang rendah, bermula dari hanya RM50,000. Ini membolehkan pelabur baharu dan berpengalaman mengambil bahagian.

  • Raih Potensi Keuntungan Modal Jangka Panjang

    Harga sukuk sering kali bergerak bertentangan arah dengan kadar keuntungan pasaran. Jika kadarkeuntungan pasaran jatuh, terdapat potensi keuntungan modal disebabkan oleh kenaikan harga.

  • Keselamatan

    Sukuk kerajaan biasanya dianggap sebagai pelaburan berisiko rendah, terutamanya sukuk sovereign, yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi.

Apakah Risiko Utama Produk?

Risiko Kredit  

  • Pembayaran Amaun Prinsipal atau pulangan (keuntungan) Pelaburan ini bergantung kepada keupayaan Penerbit untuk membuat pembayaran tersebut.

Risiko Kadar Faedah

  • Risiko kenaikan kadar faedah boleh menyebabkan harga sukuk menurun nilainya.

Risiko Mata Wang (untuk sukuk dalam mata wang asing)  

  • Pelaburan mata wang asing adalah tertakluk kepada turun naik kadar pertukaran, yang boleh memberi kesan kepada pulangan efektif ke atas sukuk, sama ada tidak menguntungkan atau menguntungkan.

Risiko Kecairan

  • Risiko bahawa pelabur mungkin menghadapi kesukaran mencairkan pegangan sukuk mereka dan mungkin terpaksa menjual pada diskaun yang ketara berbanding nilai pasaran. 

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Sukuk dan Mula Melabur Hari Ini

bonds-ytthumb

Nota Penting


AMARAN
ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA MEMORANDUM MAKLUMAT /PEKELILING TAWARAN/ PROSPEKTUS/ TERMA DAN SYARAT UTAMA YANG BERKAITAN UNTUK PENERANGAN TERPERINCI MENGENAI TERMA DAN CIRI-CIRI PRODUK. PELANGGAN MUNGKIN BOLEH KEHILANGAN SEBAHAGIAN ATAU SEMUA PELABURAN AWAL. INI BUKAN INSTRUMEN PERLINDUNGAN PRINSIPAL. PRODUK INI TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA.

Ahli PIDM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus perhubungan anda atau lawati mana-mana cawangan CIMB Islamic Bank kami, terletak bersama di cawangan CIMB Bank di seluruh negara.