Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Apa itu Bon?

Bon adalah instrumen hutang yang dikeluarkan oleh kerajaan atau syarikat untuk membiayai operasi mereka.

Sebagai balasan, penerbit boleh menawarkan pulangan (biasanya dikenali sebagai "kupon").  ​

 ​

Kupon ini dibayar pada selang masa yang telah ditetapkan (biasanya setiap tahun atau setengah tahunan) dan prinsipal dikembalikan pada tarikh matang.

 

Sesuai untuk: Pelabur sederhana hingga agresif

Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Bon

Memberikan

Aliran Pendapatan Yang Konsisten

Pelaburan Yang

Stabil Pilihan Berisiko Rendah

Nikmati

Potensi Peningkatan Nilai Modal

Manfaat & Keistimewaan

  • Sumber Pendapatan Tetap dan Berkala

    Berpotensi meraih pulangan tetap sepanjang tempoh bon, memberikan anda aliran pendapatan yang boleh diyakini.

  • Pelbagai Pilihan

    Pilih daripada pelbagai pilihan bon dalam mata wang yang berbeza untuk dipadankan dengan selera risiko anda, dengan penerbit terdiri daripada kerajaan yang dinilai tinggi kepada syarikat terkemuka.

  • Berpatutan

    Bon kerajaan boleh diakses oleh pelabur dengan pelaburan minimum yang rendah, bermula dari hanya RM50,000. Ini membolehkan kedua-dua pelabur baru dan berpengalaman mengambil bahagian.

  • Raih Potensi Keuntungan Modal Jangka Panjang

    Harga bon sering kali bergerak bertentangan arah dengan kadar faedah pasaran. Jika kadar faedah pasaran jatuh, terdapat potensi keuntungan modal disebabkan oleh kenaikan harga.

  • Ketaktentuan yang Rendah

    Bon, terutamanya bon kerajaan, biasanya merupakan pelaburan berisiko rendah, memberikan pendapatan yang stabil walaupun terdapat ketaktentuan pasaran dan ketidakpastian geopolitik.

  • Keselamatan

    Bon kerajaan biasanya dianggap sebagai pelaburan berisiko rendah, terutamanya bon sovereign, yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi.

Apakah Risiko Utama Produk?

Risiko Kredit

  • Keupayaan untuk menerima bayaran kupon dan jumlah prinsipal bergantung pada kesihatan kewangan penerbit. Sekiranya penerbit menghadapi kesulitan kewangan, ia boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk membuat pembayaran ini.

 

Risiko Kadar Faedah

  • Apabila kadar faedah meningkat, harga bon biasanya akan turun. Sebaliknya, apabila kadar faedah menurun, harga bon mungkin meningkat, mewujudkan peluang yang berpotensi untuk keuntungan modal.

 

Risiko Mata Wang (untuk bon mata wang asing)

  • Pelaburan dalam mata wang asing tertakluk kepada turun naik kadar pertukaran, yang boleh memberi kesan kepada pulangan sebenar bon, sama ada tidak menguntungkan atau menguntungkan.

 

Risiko Kecairan

  • Pasaran bon kadangkala boleh menjadi tidak cair, yang menyukarkan pelabur untuk menjual bon dengan cepat pada harga yang berpatutan. Ini mungkin memerlukan penjualan pada diskaun yang ketara daripada nilai pasaran.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bon dan Mula Melabur Hari Ini

bonds-ytthumb

Nota Penting


AMARAN
ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA MEMORANDUM MAKLUMAT /PEKELILING TAWARAN/ PROSPEKTUS/ TERMA DAN SYARAT UTAMA YANG BERKAITAN UNTUK PENERANGAN TERPERINCI MENGENAI TERMA DAN CIRI-CIRI PRODUK. PELANGGAN MUNGKIN BOLEH KEHILANGAN SEBAHAGIAN ATAU SEMUA PELABURAN AWAL. INI BUKAN INSTRUMEN PERLINDUNGAN PRINSIPAL. PRODUK INI TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA.

Ahli PIDM

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus perhubungan anda atau kunjungi mana-mana cawangan CIMB Bank kami.