Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

 

Terma-terma Akses

 

SILA BACA & FAHAMI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BERIKUT YANG MENGAWAL AKSES ANDA KEPADA LAMAN WEB CIMB ("LAMAN WEB" INI) DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI LAMAN WEB INI. DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN/ATAU MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN TERMA-TERMA AKSES INI. JIKA, PADA BILA-BILA MASA, ANDA TIDAK BERSETUJU ATAU MENERIMA SEBARANG TERMA-TERMA AKSES INI, ANDA HENDAKLAH DENGAN SERTA-MERTA MENAMATKAN SEMUA AKSES KEPADA LAMAN WEB INI DAN /ATAU BERHENTI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PADA LAMAN WEB INI.

 

Am

 

Laman Web ini dikendalikan dan disenggara, dan Kandungan (definasi di bawah) disediakan oleh CIMB Bank Berhad [197201001799 (13491-P)] ("kami") dan vendor pihak ketiga kami. Halaman ini membentangkan terma-terma akses dan penggunaan Laman Web ini. Dengan (i) mengakses Laman Web ini dan mana-mana halamannya dan/atau (ii) menggunakan maklumat dalam Laman Web ini, anda bersetuju dengan Terma-terma Akses ini.

 

Terma-terma Akses ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan apa-apa bahan panduan berkaitan dengan langganan anda, penggunaan kemudahan, produk dan perkhidmatan yang diberikan atau disediakan oleh CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaannya (termasuk apa-apa kemudahan, produk dan perkhidmatan masa hadapan yang mungkin anda perolehi daripada CIMB Bank, CIMB Islamic Bank dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaannya) dan terma-terma dan syarat-syarat lain atau perjanjian yang mengawal kemudahan, produk dan perkhidmatan tersebut.  Jika terdapat sebarang percanggahan antara Terma-terma Akses ini dan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian tersebut, terma-terma dan syarat-syarat perjanjian tersebut akan diberi keutamaan.

 

Sila tujukan apa-apa soalan anda mengenai Terma-terma Akses ini kepada Unit Resolusi Pelanggan kami:

 

Unit Resolusi Pelanggan (CRU)

P.O. Box 10338

GPO Kuala Lumpur

50710 Wilayah Persekutuan

 

Tel: +603 6204 7788

Email: cru@cimb.com

 

Tingkah Laku Anda

 

Anda bersetuju bahawa apabila anda mengakses and mengguna Laman Web ini, anda akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa, dan anda tidak akan pada bila-bila masa cuba (atau membantu mana-mana orang lain) untuk menghantar apa-apa bahan (termasuk sebarang grafik, teks, skrip, muzik, bunyi, gambar, imej, seni, video dan karya multimedia lain atau sebarang kombinasinya) ("Bahan Anda"), melalui Laman Web ini:

 

(i)       yang mengecam atau memfitnah atau melanggar hak orang lain;

(ii)      yang mana penghantarannya merupakan kesalahan jenayah atau membangkitkan liabiliti sivil;

(iii)     yang menggalakkan perkauman, kebencian, mengandungi pornografi atau menggalakkan pedofilia;

(iv)     yang mengandungi sebarang virus atau kod hasad yang lain; dan/atau

(v)      yang sebaliknya menjelikkan atas alasan tatasusila dan kesopanan awam.

 

Anda juga bersetuju untuk tidak menggodam atau cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada Laman Web ini, mengganggu keselamatan sumber Laman Web ini, memberi maklumat yang tidak tepat atau palsu, atau menyalahgunakan Laman Web ini.  Jika pada bila-bila masa anda mendapati atau mengesyaki berlakunya aktiviti-aktiviti sedemikian, anda hendaklah memaklumkan kami dengan serta-merta.

 

Kami boleh, tetapi tidak mempunyai kewajipan, untuk terus memantau atau menyemak akses anda kepada Laman Web ini. Jika kami mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa (i) terdapat sebarang akses tanpa kebenaran kepada, atau penyalahgunaan, Laman Web ini, atau (ii) bahawa apa-apa penipuan, kesalahan jenayah atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan telah atau akan dilakukan berhubung dengan Laman Web ini (dalam setiap keadaan, "Penyalahgunaan atau Eksploitasi"), kami boleh (i) menyekat atau menggantung akses anda kepada Laman Web ini dengan serta-merta (tanpa memberi apa-apa sebab ataupun notis terdahulu kepada anda) dan (ii) melaporkan Penyalahgunaan atau Eksploitasi kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia ataupun mana-mana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain yang CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank dikehendaki membuat pendedahan kepadanya atau yang mempunyai bidang kuasa terhadap CIMB Bank dan atau CIMB Islamic Bank). Kami berhak menyunting atau memadamkan Bahan Anda yang melanggar mana-mana peruntukan dalam Terma-terma Akses ini (i) tanpa notis kepada anda dan (ii) tanpa menanggung apa-apa liabiliti kepada anda.

 

Hak Harta Intelek

 

Anda mengakui bahawa apa-apa bahan (termasuk sebarang grafik, teks, skrip, muzik, bunyi, gambar, imej, seni, video dan karya multimedia lain atau sebarang kombinasinya ("Kandungan") yang tersedia di Laman Web kami adalah pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, apa-apa hak harta intelek atau hak proprietari lain yang berkuat kuasa, dimiliki secara eksklusif oleh kami atau vendor pihak ketiga kami yang relevan (jika berkenaan).

 

Meskipun anda boleh memuat turun satu (1) salinan Kandungan untuk kegunaan peribadi anda dan bukan secara komersil (dengan syarat anda mengekalkan semua notis hak cipta dan notis proprietari yang berkenaan yang terkandung di dalamnya), anda bersetuju bahawa Kandungan di Laman Web ini tidak boleh dihasilkan semula, disalin, dihantar (dalam apa jua bentuk atau melalui apa jua cara), diterbitkan, diadaptasi, disimpan, diedarkan, dipamerkan, dilesenkan, diubah suai, ditapis atau digunakan dalam apa jua cara tanpa persetujuan nyata daripada kami terlebih dahulu. Anda tidak boleh memasukkan hiperpautan pada Laman Web ini atau mereplikakan ("mirror" atau "frame") keseluruhan Laman Web ini atau mana-mana bahagian daripadanya di mana-mana laman web atau pelayan lain.

 

Semua hak dalam Laman Web ini dan Kandungan dirizab dengan nyata oleh kami pada setiap masa.

 

Caj

 

Walaupun akses anda ke Laman Web ini disediakan tanpa sebarang caj, anda bersetuju bahawa kami pada setiap masa berhak untuk mengenakan caj untuk akses tersebut dengan memberikan notis terdahulu.

 

Maklumat Sulit

 

Adalah menjadi polisi kami untuk menghormati privasi apa-apa maklumat yang didedahkan oleh anda berkenaan dengan akses kepada Laman Web ini ("Maklumat Sulit"). Oleh itu, kami tidak akan menyunting atau mendedahkan Maklumat Sulit anda kecuali jika kami dikehendaki berbuat demikian selaras dengan apa-apa undang-undang atau peraturan-peraturan, untuk melindungi hak dan harta kami, untuk menguatkuasakan apa-apa peruntukan dalam Terma-terma Akses ini, untuk membalas apa-apa dakwaan bahawa sebarang Kandungan atau Bahan Anda melanggar hak orang lain, atau sebagaimana yang diperuntukkan di dalam sebarang terma dan syarat yang mengawal kemudahan, produk dan perkhidmatan yang diambil oleh anda, yang membuat peruntukan bagi pendedahan Maklumat Sulit anda.

 

Kami mungkin dari semasa ke semasa mendedahkan Maklumat Sulit anda (hanya dalam bentuk agregat atau demografi) kepada vendor pihak ketiga kami, pengiklan kami, ahli gabungan kami atau pihak lain yang berkenaan untuk rekod mereka. Maklumat lanjut berkenaan bagaimana kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi Maklumat Sulit anda dengan mematuhi undang-undang Malaysia ada disediakan dalam Notis Privasi Kumpulan CIMB.

 

Fasal Privasi

 

Dengan mengakses Laman Web, anda dengan tak boleh batal bersetuju untuk terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB dan Terma-terma Akses ini sejauh mana melibatkan pemprosesan maklumat peribadi anda. SILA PASTIKAN BAHAWA ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI KUMPULAN CIMB DI SAMPING TERMA-TERMA AKSES INI SEBELUM MENERUSKAN AKSES KE LAMAN WEB INI. Untuk mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap telah digabungkan ke dalam Terma-terma Akses ini secara rujukan.

 

Jika anda memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak ketiga (termasuk maklumat berkaitan dengan waris dekat dan tanggungan anda) bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun atau kemudahan anda dengan kami atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda (a) mengesahkan bahawa anda telah memperolehi kebenaran pihak ketiga tersebut atau sebaliknya berhak memberikan maklumat ini kepada kami untuk digunakan selaras dengan Terma-terma Akses ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberikan maklumat kemas kini kepada kami secara bertulis jika berlaku apa-apa perubahan penting pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju bahawa kami boleh menamatkan akses anda kepada Laman Web dan/atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan, jika kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.

 

Jika anda mengarahkan kami untuk melaksanakan apa-apa jenis transaksi rentas sempadan (termasuk membuat atau menerima bayaran), butir-butir berkaitan dengan transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut) mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat tersebut mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara (contohnya untuk mencegah jenayah). Dengan mengarahkan kami dan/atau agen kami untuk memasuki sebarang transaksi rentas sempadan bagi pihak anda, anda menyetujui pendedahan tersebut bagi pihak anda dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut.

 

Kami mungkin pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, menjalankan semakan rujukan yang diperlukan termasuk tetapi tidak terhad kepada semakan pelaporan/rujukan kredit dengan (i) agensi pelaporan/rujukan kredit (termasuk tetapi tidak terhad kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Financial Information Sdn. Bhd.) (ii) dengan mana-mana agensi lain dan/atau (iii) dengan mana-mana institusi kewangan, untuk membolehkan kami memastikan status anda atau membantu kami membuat apa-apa keputusan, contohnya apabila kami perlu (a) menyemak butir-butir dalam permohonan untuk kredit dan perkhidmatan berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) mengurus akaun atau kemudahan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio anda; (c) mendapatkan balik hutang dan/atau sebarang tujuan berkaitan dengan akaun/kemudahan di bawah perjanjian ini. Anda akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang digunakan atau pernah digunakan oleh anda, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Anda bersetuju bahawa kami juga boleh berkongsi maklumat tentang anda dan bagaimana anda menguruskan akaun/kemudahan anda dengan agensi pelaporan/rujukan kredit yang berkenaan, dan dengan mana-mana agensi pelaporan/rujukan kredit tersebut mendedahkan maklumat kredit anda kepada pelanggannya bagi tujuan mengesan dan mencegah penipuan.

 

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk menarik balik apa-apa kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian, kami berhak untuk enggan atau berhenti menyediakan apa-apa produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berkaitan dengan maklumat tersebut, dengan memberikan notis bertulis terdahulu selama sekurang-kurangnya 3 hari perniagaan kepada anda.

 

Kami berhak untuk meminda fasal privasi ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis bertulis terdahulu selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda. Kami boleh meletakkan notis tentang sebarang pindaan tersebut di laman-laman web kami, di ruang perbankan atau di lokasi yang mudah dilihat di cawangan kami.

 

Bagi maksud fasal privasi ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya (seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016) dan syarikat-syarikat yang dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia.

 

Penggunaan perkataan "kami" apabila digunakan dalam fasal privasi ini hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.Fasal ini adalah tanpa prejudis terhadap mana-mana fasal lain dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat.

 

Hiperpautan Kepada Pihak Ketiga

 

Kadang kala, hiperpautan kepada laman web pihak ketiga (termasuk hiperpautan kepada laman web mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan seperti Bank Negara Malaysia) akan dimasukkan di dalam Laman Web ini. Hiperpautan ini disediakan hanya untuk rujukan anda dan tidak bererti bahawa kami menyokong atau menyetujui laman web tersebut dalam apa jua cara. Penggunaan hiperpautan kepada laman web pihak ketiga dan penggunaan sebarang maklumat atau bahan yang tersedia di laman web pihak ketiga tersebut oleh anda akan, pada setiap masa dikawal oleh terma-terma penggunaan pihak ketiga tersebut dan sebarang dasar atau syarat lain yang berkenaan yang mungkin dikenakan oleh pihak ketiga tersebut. Oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab atas (a) akses dan penggunaan laman web tersebut oleh anda; (b) sebarang perkhidmatan, maklumat atau bahan yang tersedia di laman web tersebut, atau penggunaan laman web tersebut oleh anda; atau (c) apa-apa transaksi, penghantaran atau komunikasi antara anda dan pihak ketiga tersebut.

 

Penafian

 

Semua Kandungan yang tersedia di Laman Web ini, disediakan atas dasar "seadanya" dan "seperti yang tersedia". Kandungan tersebut adalah semata-mata untuk rujukan dan maklumat anda sahaja, dan tidak boleh, pada bila-bila masa, ditafsirkan sebagai disediakan untuk apa-apa tujuan perniagaan atau perdagangan atau sebagai tawaran atau permintaan dan/atau pemberian nasihat berkenaan dengan perkhidmatan pelaburan, kewangan atau perbankan oleh kami dan/atau mana-mana anak syarikat, ahli gabungan dan rakan perniagaan kami. Oleh itu, anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat profesional bebas pada setiap masa dan mengesahkan Kandungan tersebut dengan bebas sebelum membuat apa-apa keputusan berdasarkan Kandungan.

 

Meskipun kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa Kandungan di dalam Laman Web ini, sejauh mana yang mungkin, adalah tepat, lengkap, dikemaskinikan dan benar, anda mengakui dan bersetuju bahawa sesetengah Kandungan yang dihantar atau disediakan melalui Laman Web mungkin disediakan oleh pihak ketiga. Oleh itu, kami dengan nyata menafikan semua liabiliti terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan atau kekurangan dalam Kandungan tersebut. Selanjutnya, kami tidak memberikan apa-apa bentuk waranti, sama ada secara nyata atau tersirat (termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti tentang kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, tiada pelanggaran atau kebebasan daripada perisian hasad) yang berkaitan dengan Kandungan di Laman Web ini. Kami juga tidak memberi waranti bahawa Laman Web ini dan Kandungan akan memenuhi keperluan anda, tidak terganggu, kena pada masanya atau selamat.

 

Anda semata-mata bertanggungjawab untuk membuat penilaian anda sendiri apabila mengakses dan menggunakan Laman Web ini dan Kandungan di dalam Laman Web ini, dan anda mengakui dan menerima semua risiko sedia ada berkaitan dengan akses dan penggunaan Laman Web ini dan Kandungan melalui internet.

 

Kami tidak akan, pada bila-bila masa, bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana orang lain atas apa-apa kerosakan atau kerugian pun jua yang ditanggung atau berbangkit daripada apa-apa gangguan kepada atau ketiadaan (i) Laman Web ini dan/atau Kandungan, dan/atau (ii) akses dan penggunaan yang sama oleh anda melainkan (i) disebabkan oleh kegagalan dalam sistem kami di mana kegagalan tersebut disebabkan oleh tindakan atau ketinggalan kami yang terlampau cuai, atau di mana kami telah dimaklumkan tentang kemungkinan kegagalan tersebut dalam tempoh masa yang cukup untuk mengelakkannya; atau (ii) disebabkan oleh sebarang kelewatan atau kesilapan pada apa-apa penghantaran atau komunikasi yang berkaitan dengan akses dan penggunaan Laman Web ini dan/atau Kandungan oleh anda yang disebabkan oleh tindakan atau ketinggalan kami yang terlampau cuai.

 

Penepian

 

Jika kami gagal atau abai untuk menguatkuasakan apa-apa peruntukan atau remedi di bawah Terma-terma Akses ini atas apa jua sebab, kami tidak akan dianggap sebagai menepikan hak kami untuk menguatkuasakannya atau sebagai menepikan hak kami yang berkaitan dengan apa-apa kemungkiran yang berterusan atau kemungkiran selepas itu terhadapnya, atau apa-apa peruntukan lain dalam Terma-terma Akses ini.

 

Pelbagai

 

Kami berhak untuk mengubah suai Laman Web ini dan Kandungan dalam apa cara jua pada bila-bila masa.

 

Undang-undang & Bidang Kuasa Yang Mengawal

 

Tidak kiralah dari mana anda mengakses atau cuba mengakses Laman Web ini, anda bersetuju bahawa Terma-terma Akses ini, akses anda kepada Laman Web ini dan penggunaan Kandungan oleh anda dan apa-apa perselisihan atau pertikaian yang berbangkit berkaitan dengan akses atau penggunaan tersebut hendaklah, pada setiap masa, dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Anda bersetuju untuk berserah dan terikat oleh bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

 

Pelaksanaan kewajipan kami di bawah Terma-terma Akses ini adalah sentiasa tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa. Apa jua yang terkandung dalam Terma-terma Akses ini tidak akan menjejaskan hak kami untuk bertindak dengan mematuhi sebarang permintaan kerajaan atau keperluan undang-undang berkaitan dengan akses kepada Laman Web ini, atau berkaitan dengan Kandungan yang disediakan kepada anda atau diperolehi oleh kami untuk kegunaan anda.

 

Anda bersetuju bahawa versi yang dicetak bagi Terma-terma Akses ini dan apa-apa komunikasi yang diberikan dalam bentuk elektronik boleh diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran berkaitan dengan Terma-terma Akses ini, setakat yang sama seolah-olah Terma-terma Akses ini atau komunikasi tersebut telah dikeluarkan dalam bentuk bercetak.

 

Hakcipta 2022

CIMB Bank Berhad [197201001799 (13491-P)]