Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Anda kini boleh menerima penyata elektronik (ePenyata) untuk akaun Deposit, Kad Kredit dan Pinjaman/Pembiayaan CIMB dengan mudah. Kami ingin menggalakkan pelanggan CIMB untuk membuat peralihan ini dan membantu usaha kami dalam mengurangkan penggunaan kertas serta perkhidmatan tanpa sentuh, terutama sekali pada persekitaran semasa ini.

 

Untuk keselamatan dan kemudahan anda, ePenyata adalah dilindungi dengan kata laluan dan boleh diakses melalui peranti mudah alih dan computer. 

 

Faedah ePenyata: 

 

  • Akses kepada penyata elektronik yang dilanjutkan sehingga 18 bulan
  • Notifikasi emel apabila penyata terkini dikeluarkan
  • Perlindungan tambahan terhadap kecurian identiti

 

Penukaran kepada ePenyata

 

Pihak Bank tidak lagi menghantar penyata kad kredit anda melalui penyata kertas, sila rujuk tarikh yang dimaklumankan melalui SMS/eDM.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di bawah. 

 

Nota Penting

 

Jika anda terlupa ID Pengguna/ Kata Laluan CIMB, anda boleh log masuk ke CIMB Clicks dan pilih ‘Forgot ID / Password’.

 

Sila maklum bahawa akses ke akaun penyata elektronik kad kredit / deposit / pinjaman / pembiayaan anda melalui CIMB Clicks adalah tertakluk kepada persetujuan Perbankan Internet CIMB Clicks.