Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera
Penerangan Berkuatkuasa 9 Mei 2023
Kadar Asas Standard (KAS) (Konvensional & Islamik)

3.00% setahun.

Kadar Asas (KA) (Konvensional & Islamik)

4.00% setahun.

Kadar Pinjaman Asas / Pembiayaan Asas (KPA) 6.85% setahun.

Sejarah Paparan KAS/KA/KPA semenjak Januari 2015 

Tarikh  KAS* KA KPA
Mei 2023 3.00% 4.00% 6.85%
Nov 2022 2.75% 3.75% 6.60%
Sep 2022 2.50% 3.50% 6.35%
Ogos 2022 2.25% 3.25% 6.10%
Jul 2022 2.25% 3.25% 6.10%
Mei 2022 2.00%  3.00% 5.85%
Jul 2020 1.75% 2.75% 5.60%
Mei 2020 2.00% 3.00% 5.85%
Mac 2020 2.50% 3.50% 6.35%
Jan 2020  2.75%  3.75% 6.60%
Mei 2019 3.00% 4.00% 6.85%
Dis 2018 3.25% 4.25% 7.10%
Feb 2018 3.25% 4.15% 7.00%
Jan 2018 3.25% 3.90% 6.75%
Jul 2016  3.00%  3.90%  6.75%
Jun 2016 3.25%  4.10% 6.95%
Jan 2015 3.25% 4.00%  6.85%

*KAS berkuatkuasa pada 1 Ogos 2022.  Kadar sejarah sebelum 1 Ogos merujuk kepada OPR, iaitu kadar penanda aras KAS.

 

Apakah Kadar Asas Standard (KAS)?

 

 

Berkuatkuasa 1 Ogos 2022, KAS ialah penanda aras yang akan digunakan oleh semua bank bagi penetapan harga pinjaman/pembiayaan runcit berkadar terapung yang baharu, pembiayaan semula pinjaman/pembiayaan runcit sedia ada dan pembaharuan pinjaman/pembiayaan runcit pusingan mulai 1 Ogos 2022. Pinjaman/pembiayaan runcit merujuk kepada pinjaman/pembiayaan kepada individu [bukan Perniagaan Kecil Sederhana (PKS)  atau perniagaan], manakala 'pinjaman/pembiayaan kadar terapung' merujuk kepada pinjaman/pembiayaan di mana kadar faedah / kadar keuntungan  boleh berubah sepanjang tempoh pinjaman/pembiayaan. KAS adalah berdasarkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dari Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Mengapakah KAS diperkenalkan?

 

 

Sejajar dengan pengumuman BNM pada 11 Ogos 2021, KAS adalah sama bagi semua bank, tidak seperti Kadar Asas (KA) yang mana ianya berbeza bagi setiap bank. Dengan Kadar Asas, sebarang perubahan KA adalah didorong oleh faktor yang berbeza mengikut bank. KAS memudahkan anda untuk memahami dan membandingkan pinjaman/pembiayaan antara bank. Ini akan membantu anda dalam membuat keputusan termaklum bagi mempertimbangkan dan memutuskan bank yang mana untuk mengambil pinjaman/pembiayaan baharu pada kadar terapung.

 

Apakah Kadar Asas (KA)?

 

KA terdiri daripada dua bahagian, iaitu Kos Dana Penanda Aras (BCOF) dan Kos Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. BCOF kami mencerminkan kos pendanaan bagi kemudahan/pembiayaan kadar terapung dan sebahagian besarnya terdiri daripada deposit pelanggan dan pendanaan kadar terapung lain yang diperoleh oleh bank untuk membiayai kemudahan/pembiayaan ini.

 

Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada KA?

 

KA kami mungkin naik atau turun disebabkan perubahan pada Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang diputuskan oleh  MPC dari Bank Negara Malaysia (BNM). Perubahan dalam KA akan bergerak sejajar dengan perubahan KAS

 

Sumber :  BNM Consumer Guide on the Revised Reference Rate Framework

                 Laman web BNM mengenai keputuan OPR

Untuk maklumat lanjut mengenai KAS, sila rujuk Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut mengenai KA/KPA , sila rujuk Soalan Lazim