Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tapi adakah kemampuan kewangan kita bakal menjadi batasan? 

 

Menurut The Edge, setengah daripada jumlah gaji tahunan ibu bapa digunakan untuk pembiayaan pendidikan kolej/universiti. Purata peruntukan kos menyeluruhan untuk seorang anak juga boleh mencecah di antara RM393,000 dan RM1.3 juta*.

 

Kerana itu perancangan kewangan penting, lagi-lagi Jika anda sudah atau ingin berkeluarga. Jika anda ingin mula menyimpan wang untuk si kecil, kami sedia membantu! 

Akaun Simpanan Junior

 

Walaupun dengan deposit serendah RM1, akaun simpanan junior memberikan pulangan lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa. Dengan hanya komitmen bulanan yang sedikit, anda tetap boleh mendapat jumlah pulangan berpatutan untuk anak anda di masa hadapan. 

Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i)

SSPN merupakan skim simpanan pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). SSPN ini berfungsi seperti akaun simpanan biasa, tetapi tanpa pilihan pengeluaran. 

 

Anda mungkin bertanya, apa kebaikan akaun ini? Antaranya termasuklah insentif menarik seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan, perlindungan takaful, dan kadar dividen (4% untuk tahun 2019**).  

Polisi Pendidikan Kanak-kanak

Ada dua jenis pelan insurans pendidikan asas: polisi bertempoh tetap dan polisi insurans berkaitan pelaburan. Polisi bertempoh tetap berfungsi seperti akaun simpanan dengan manfaat insurans, manakala polisi insurans berkaitan pelaburan membolehkan anda membuat pelaburan di samping menawarkan perlindungan. 

 

Manfaat termasuk:

 

  • Perolehi bonus dan tambah nilai
    Selain daripada jaminan pendapatan atau profit (assured income), anda juga boleh mendapat bayaran bonus untuk dana pendidikan anak anda. Bermakna pada tempoh matang, anda akan menerima lebih banyak wang daripada jumlah permulaan yang diinsuranskan.

  • Manfaat bermula awal
    Jamin masa depan anak anda dan mula menyimpan sejak lahir lagi. Apabila anak anda bersedia untuk kolej, sudah ada pelan kewangan yang membolehkan keluarga anda tersenyum gembira. 

  • Pelepasan cukai
    Anda juga boleh tuntut pelepasan cukai pendapatan untuk simpanan pendidikan anak, di samping pelepasan cukai untuk insurans hayat dan KWSP. Pastikan duit ekstra daripada tuntutan cukai dimasukkan ke dalam simpanan pendidikan anak.

  • Perlindungan premium
    Perlindungan bagi simpanan sekiranya anda, sebagai pemilik polisi, meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal ketika tempoh insurans. Baki bayaran premium akan diketepikan dan polisi akan terus kekal aktif.

Mari menyimpan bersama-sama! 

 

Cabaraan dan dugaan kewangan sentiasa ada, tapi jangan runsing. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Dan satu cara kreatif untuk pupuk semangat menabung di dalam diri (dan anak anda!) ialah untuk mencadang "duit harijadi" sebagai hadiah harijadi anak daripada keluarga rapat. Angpau dan duit raya juga boleh ditambahkan ke dalam akaun deposit anak untuk disimpan. 

 

Lambat laun, dengan disiplin dan dedikasi, pasti anda boleh mendapat jumlah simpanan yang banyak. Pengorbanan yang pastinya sangat berbaloi untuk masa depan anak-anak anda. Selamat menyimpan!

 

theedgemarkets.com/article/cover-story-cost-raising-child-today

** thesundaily.my/local/ptptn-announces-4-dividend-for-sspn-i-sspn-i-plus-BF456506

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.