Perbelanjaan isi rumah anda tinggi? Untuk kebanyakan keluarga, bil utiliti seperti elektrik, postpaid, dan langganan TV yang mahal boleh menyebabkan punca perbelanjaan rumah melambung setiap bulan. 

 

Tapi, ada cara untuk menurunkan bil anda. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk cara penjimatan mudah - tanpa menjejaskan kualiti hidup anda dan keluarga. 

1. Tanggal plag alatan yang tak digunakan

Alatan elektrik dan peranti tetap menggunakan elektrik bila plag tak ditanggalkan dari soket. Menurut laporan dari The Star, langkah mudah ini boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 10% daripada bil elektrik anda.*

2. Jadi pengguna elektrik berhemah

 

Gantikan peralatan elektrik lama anda kepada jenis jimat elektrik sedikit demi sedikit. Sebagai contoh, beli mentol jimat tenaga apabila tiba masa untuk menukar mentol di rumah, atau pastikan kesemua peralatan elektrik yang anda beli mulai sekarang mempunyai fungsi cekap atau jimat tenaga. 

 

Anda pasti dapat melihat perbezaan pada bil elektrik bulanan! 

3. Kurangkan bil barangan dapur

 

Ada pelbagai cara untuk berjimat apabila anda membeli belah barangan dapur. Contohnya, membeli seekor ayam mentah lebih murah berbanding membeli sesetengah bahagian sahaja. Makanan tahan lama juga boleh dibeli secara pukal untuk mendapat harga lebih rendah, lebih-lebih lagi pada masa promosi. 

 

Perhatikan brosur untuk diskaun dan kupon dan sentiasa semak kad kredit dan e-wallet anda untuk diskaun tambahan atau rebat tunai! 

4. Kurangkan bil pelan postpaid anda

Selain bil elektrik, pelan postpaid anda mungkin merupakan kos paling tinggi di dalam bajet isi rumah anda.

 

Jika anda sudah mempunyai pelan internet untuk seluruh rumah, anda mungkin perlu pertimbangkan semula pelan smartphone anda - adakah anda betul-betul memerlukan "pelan tanpa had" jika anda tidak memerlukan data yang banyak? Jika anda membayar pelan postpaid untuk seisi keluarga, lebih jimat jika anda menggunakan pelan keluarga yang banyak terdapat di pasaran.   

 

Dan jangan lupa menyemak kad kredit anda untuk sebarang tawaran rebat tunai pada bayaran bil telefon. 

5. Jarang guna? Berhenti terus

Adakah keahlian gim berbaloi untuk anda bayar kalau jarang pergi bersenam? Atau langganan majalah bulanan kalau anda jarang ada masa untuk membaca? Apa kata potong perbelanjaan yang tak wajib.

 

Lagi-lagi kalau anda ada melanggan Spotify, Netflix atau iFlix untuk seisi rumah, sangat tinggi belanja kalau begitu! Cuba untuk gabungkan akaun hiburan online dalam satu langganan, dan kongsikan akaun dengan ahli keluarga lain untuk dapat diskaun. Pasti lebih banyak anda dapat berjimat.

6. Gunakan mata ganjaran kad kredit

Ada banyak manfaat kad kredit. Termasuk rebat tunai (juga untuk pembayaran bil), tiket penerbangan, tawaran diskaun, pelan ansuran untuk pembelian mahal dan juga mata ganjaran.

 

Mata ganjaran terkumpul bermakna anda boleh tebus untuk dapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Anda juga boleh gabungkan mata ganjaran kad prinsipal dan kad tambahan untuk dapat hadiah, pengalaman gaya hidup, baucar dan lain-laini. Mata ganjaran juga boleh digunakan untuk jamu selera, beli-belah, melancong dan banyak lagi! Klik di sini untuk gunakan mata ganjaran sehabis baik dengan kad yang betul.

 

Selamat berjimat!

 

Sumber:

 

* thestar.com.my/news/community/2012/11/12/unplug-devices-to-save-power

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.