Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Sebagai ibu bapa, salah satu hadiah terhebat yang boleh diberikan kepada anak anda adalah pendidikan yang baik. Kerana itulah perancangan awal melalui pelan simpanan pendidikan yang tepat seperti Sun EduSmart sangat penting, satu pelan endowmen tanpa penyertaan yang unik.

Manfaat & Keistimewaan

  • Manfaat Insurans Hayat

    Kami jamin hayat anak anda. Jika berlaku kematian atau atau hilang upaya menyeluruh & kekal (TPD), kami akan membayar jumlah yang diinsuranskan atau jumlah premium yang perlu dibayar1 yang mana lebih tinggi, ditambah Dana Education Booster (EPF).

     

    Maklumat Lanjut ¹

  • Manfaat Pengecualian Pembayaran Premium Pemilik Polisi

    Sebagai ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak, sekiranya kematian atau TPD menimpa pemilik polisi, baki bayaran premium akan dikecualikan dan polisi akan kekal berkuatkuasa.

  • Manfaat Matang Terjamin

    Apabila polisi matang, kami akan membayar jumlah yang diinsuranskan atau jumlah premium yang perlu dibayar1 yang mana lebih tinggi.

     

    Maklumat Lanjut ¹

  • Anugerah Pendidikan

    Bayaran sekaligus akan diberikan apabila anak anda melengkapkan yang berikut:

    • UPSR / PSLE / Peperiksaan Darjah 6 yang sepadan - RM500
    • SPM/SPVM/O-Level/peperiksaan Tingkatan 5 yang sepadan - RM1,000
  • Dana Education Booster (EBF)

    EBF adalah amaun wang tambahan tidak terjamin yang akan dibayar selain daripada Manfaat Matang Terjamin apabila polisi matang, dan tidak dapat dikeluarkan sebelum polisi matang. Ia adalah tambahan tahunan yang akan dikira secara pro-rata dan dikreditkan pada akhir setiap ulang tahun bulanan polisi mengikut kadar tanda aras.

  • Pelepasan Cukai Tambahan

    Pelepasan cukai di bawah premium insurans untuk manfaat pendidikan sebagai tambahan kepada pelepasan cukai biasa untuk insurans hayat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

     

Kelayakan & Syarat

(Ini adalah produk insurans)

  Orang yang Diinsuranskan

Pemilik Polisi

(Ibu Bapa / Penjaga)

Umur Kemasukan Minimum 30 hari 18 tahun
Umur Kemasukan Maksimum 18 tahun 55 tahun
Umur Tamat Maksimum 13-25 tahun
(Berdasarkan umur anak sewaktu kemasukan dan tempoh polisi)
75 tahun

Tempoh dan Bayaran Premium

Anda boleh memilih pembayaran premium secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan; menggunakan kad kredit, kad debit atau debit terus.

Muat Turun Utama

Nota Penting

Produk ini diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad, [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)]("Sun Life Malaysia"), syarikat insurans yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

 

Sun Life Malaysia Assurance Berhad adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/kontrak yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Assurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

 

Penafian:
Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk insurans di dalam ini bukanlah satu kontrak insurans dan hanyalah ringkasan produk insurans bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk insurans ini terdapat dalam Polisi Dokumen Sun Life Malaysia Assurance Berhad [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)], Syarikat Insurans.

CIMB Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Insurans.

Pihak bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk insurans ini.

Produk insurans ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk insurans ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan  Syarikat Insurans perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti insurans untuk produk insurans ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.