Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

SunLink Max adalah pelan insurans berkaitan-pelaburan yang menawarkan perlindungan yang komprehensif untuk sepanjang hidup anda.

Manfaat & Keistimewaan

  • Perlindungan Insurans yang Komprehensif dan Bersesuaian¹

    Pelan ini menyediakan manfaat-manfaat kepada anda dan orang tersayang apabila berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD)2. Anda boleh meningkatkan perlindungan insurans anda dengan menambah mana-mana rider-rider pilihan termasuk:

     

    • MediCare Max
    • Manfaat multiple pay critical illness
    • Manfaat accidental death
    • Manfaat weekly disability income
    • Manfaat life assured waiver of premium
    • Manfaat policy owner waiver of premium

     

    Maklumat Lanjut 1,2

  • Fleksibiliti untuk Memilih Tempoh Polisi

    Fleksibiliti untuk memilih tempoh polisi - sehingga umur 70, 80, 99 tahun atau tempoh polisi selama 30 tahun yang paling sesuai dengan keperluan kewangan anda.
    Perlanjutan perlindungan insurans (hanya terpakai untuk tempoh polisi sehingga umur 70, 80 tahun dan tempoh polisi selama 30 tahun). Apabila tempoh polisi yang dipilih telah tamat, perlindungan insurans akan dilanjutkan sehingga umur 99 tahun, tertakluk kepada keperluan premium-premium tambahan.

    Pengunderaitan tidak diperlukan untuk perlanjutan perlindungan insurans ini.

  • Urus Pelaburan Mengikut Cara Anda

    Nikmati fleksibiliti untuk memilih dana-dana daripada 8 dana-dana berkaitan-pelaburan yang diuruskan secara profesional mengikut tahap toleransi risiko dan keperluan pelaburan anda. Anda boleh meningkatkan nilai pelaburan anda dengan premium penambahan berjadual atau premium penambahan tunggal serta menukar dana-dana anda pada bila-bila masa.

  • Manfaat Kematangan

    (Hanya untuk tempoh polisi sehingga umur 99 tahun.)

     

    Sekiranya orang yang diinsuranskan masih hidup pada akhir tempoh polisi (umur 99), jumlah asas yang diinsuranskan tambah jumlah nilai akaun, tolak sebarang keberhutangan akan dibayar.

  • Diskaun pada Kos Insurans (COI)

    Nikmati diskaun pada COI asas jika anda memilih jumlah asas yang diinsuranskan yang lebih tinggi.

    Sila rujuk diskaun COI di bawah.

  • Peruntukan Premium Secara Sepenuhnya

    Premium yang dibayar- tanpa mengira premium asas atau premium penambahan - akan diperuntukkan secara sepenuhnya dalam polisi anda dan dilaburkan ke dalam dana-dana berkaitan-pelaburan yang anda pilih.

Kelayakan & Syarat

(Ini adalah produk insurans)

Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari jadi terakhir.

Untuk orang yang diinsuranskan

Tempoh Polisi 30 tahun Sehingga umur 70 tahun Sehingga umur 80 tahun Sehingga umur 99 tahun
Umur kemasukan minimum 18 tahun 30 hari 30 hari 30 hari
Umur kemasukan maksimum 40 tahun 50 tahun 60 tahun 70 tahun*

*Umur kemasukan maksimum untuk perlindungan TPD ialah 69 tahun.

 

Untuk pemilik polisi

Umur kemasukan minimum adalah 18 tahun.

 

Tempoh polisi

Pelan ini menyediakan 4 tempoh polisi untuk pilihan anda:

  • Sehingga umur 70 tahun
  • Sehingga umur 80 tahun
  • Sehingga umur 99 tahun
  • Tempoh polisi selama 30 tahun

Diskaun Pada Kos Insurans

Jumlah asas yang diinsuranskan Diskaun pada COI asas
RM 500,000 - RM 999,999 10%
RM 1,000,000 - RM 2,499,999 15%
RM 2,500,000 dan ke atas 20%

Muat Turun Utama

Nota Penting

Produk ini diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad, [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)]("Sun Life Malaysia"), syarikat insurans yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

 

Sun Life Malaysia Assurance Berhad adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Perlindungan PIDM untuk manfaat yang dibayar daripada bahagian unit sijil/polisi/kontrak ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Assurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

 

Penafian:
Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk insurans di dalam ini bukanlah satu kontrak insurans dan hanyalah ringkasan produk insurans bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk insurans ini terdapat dalam Polisi Dokumen Sun Life Malaysia Assurance Berhad [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)], Syarikat Insurans.

CIMB Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Insurans.

Pihak bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk insurans ini.

Produk insurans ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk insurans ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan  Syarikat Insurans perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti insurans untuk produk insurans ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.