Perkhidmatan Pick & Pack tersedia untuk: pelanggan "Individu" dan "Bukan Individu". Ia juga tersedia untuk pemegang akaun bukan CIMB. Daftar dan mulakan perjalanan anda sebagai pelanggan Pick & Pack – pendaftaran sekali sahaja!
3 Langkah Mudah untuk Mendaftar sebagai pelanggan Pick & Pack
Langkah 1: Isi Borang Permohonan Pick & Pack
Langkah 2: Serahkan borang permohonan di kaunter CIMB Bank Currency Exchange (CCE) berserta dokumen sokongan.
Langkah 3: Setelah permohonan diluluskan, anda boleh mula memesan mata wang asing dengan menggunakan perkhidmatan Pick & Pack.
--------------------------------------------------
5 Langkah Mudah untuk Memesan Mata Wang Asing Melalui Pick & Pack
Langkah 1: Semak kadar pertukaran dan ketersediaan stok dengan kaunter CCE yang anda pilih.
Langkah 2: Isi Borang Pesanan Pick & Pack.
Langkah 3: Buat bayaran ke akaun ‘CIMB BANK BHD - RFX PICK N PACK CENTRE’ (butiran dinyatakan di dalam borang).
Langkah 4: Serahkan Borang Pesanan Pick & Pack beserta dengan resit transaksi melalui e-mel atau secara bersemuka di kaunter CCE pilihan anda.
Langkah 5: Setelah pesanan mata wang asing siap, anda boleh mengambilnya dari kaunter CCE pilihan anda atau menerimanya melalui perkhidmatan penghantaran kami.