Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Lihat Rakan Kongsi Pembayaran Mudah Alih Kami!

CIMB Partner Pay Solution 

 

CIMB menawarkan pilihan untuk menggunakan telefon mudah alih anda sebagai dompet dan anda kini boleh memaut kad CIMB kepada Samsung Pay untuk  membuat pembayaran dengan mudah dan selamat.

 

 

 

Memperkenalkan Samsung Pay

Samsung Pay adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih yang selamat, mudah dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran di hampir setiap peruncit di Malaysia.  

 

Perkhidmatan ini membolehkan fungsi pembayaran mudah alih yang selamat melalui teknologi Magnetic Secure Transmission (MST) dan Near Field Communication (NFC) untuk memberikan pembayaran mudah alih yang lebih meluas. 

 

Dengan Samsung Pay, setiap transaksi menggunakan token digital sulit untuk keselamatan maksimum dan transaksi pembayaran anda hanya akan dibenarkan melalui imbasan cap jari atau kod PIN 4 digit yang telah anda tetapkan. Dengan ini, anda boleh kekal yakin bahawa segala transaksi melalui Samsung Pay memerlukan kebenaran anda - memberikan tahap keselamatan tertinggi.  

 

Pengenalan
Pengenalan

Cara menyediakan Samsung Pay
Bagaimana untuk mula menggunakan Samsung Pay?

Di mana saya dapat menggunakan Samsung Pay
Di mana boleh saya menggunakan Samsung Pay?

Bagaimana untuk bermula?

Langkah 1: Periksa keserasian peranti

Periksa peranti anda sekarang.

Langkah 2: Sediakan Samsung Pay

Log masuk ke Samsung dan bina PIN dan jap cari Samsung Pay anda. 

Langkah 3: Pautkan Kad anda

Imbas Kad Kredit CIMB anda atau masukkan nombor Kad Kredit CIMB anda secara manual.

Langkah 4: Sahkan kad anda

Selesaikan proses pengesahan kad.

Bagaimana cara membayar dengan Samsung Pay?

Anda hanya perlu lakukan 3 langkah mudah sahaja untuk menggunakan Samsung Pay.

Langkah 1: "Swipe up" untuk melancarkan Samsung Pay
Langkah 2: Sahkan dengan cap jari atau PIN anda
Langkah 3: "Tap" telefon anda di terminal untuk membuat bayaran

Di mana boleh saya gunakan Samsung Pay?

Anda boleh menggunakan Samsung Pay hampir di mana-mana* yang membenarkan anda membuat bayaran dengan meleret atau mengetik kad.

Maklumat Tambahan

*Perihal tersedia hampir di mana-mana adalah bergantung kepada keserasian Samsung Pay pada terminal pembayaran MST dan/atau NFC, di mana sesetengah terminal hanya tersedia selepas naik taraf perisian. Samsung Pay adalah eksklusif untuk telefon pintar Samsung Galaxy terpilih sahaja, dan boleh digunakan di semua rangkaian pembayaran, bank, dan peniaga runcit yang mengambil bahagian. Ketersediaan mungkin berbeza-beza.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CIMB di +603 6204 7788 ATAU layari http://www.samsung.com/my/samsungpay/

Memperkenalkan Google Wallet, dompet digital yang menyediakan akses yang cepat dan selamat untuk keperluan harian anda.

 

Tambahkan Kad Kredit CIMB Mastercard® anda pada Google Wallet dan hanya ketik untuk pembayaran di tempat yang menerima pembayaran tanpa sentuh.

Dengan peranti mudah alih, lebih banyak lagi anda boleh lakukan termasuk membayar di tempat yang menerima Google Pay, menggunakan kad kesetiaan, menyimpan tiket penerbangan dan banyak lagi!

Bagaimana untuk bermula?

Di manakah anda boleh menggunakan Google Wallet?

Pastikan item anda dilindungi di satu tempat, hanya dengan Google Wallet!

Important Notes

  1. Google Pay tersedia untuk semua pengguna android yang memegang Kad Kredit CIMB Mastercard sahaja.
  2. Google Pay ialah saluran pembayaran Google Wallet, untuk anda menambahkan kad anda bagi membuat pembayaran dan transaksi.
  3. Google Wallet ialah dompet digital pada peranti Android anda, menyimpan semua kad pembayaran, pas, tiket, kunci atau butiran ID anda, semuanya dalam satu aplikasi.
  4. Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Soalan Lazim CIMB kami di bawah atau lawati laman web Google.