Tidak sabar untuk memiliki rumah atau kereta, sesetengah golongan muda profesional mengunci kewangan mereka untuk bermacam jenis pembiayaan sebelum cukup mampu, sehingga sukar untuk membina kehidupan semata-mata untuk melunaskan hutang setiap bulan.
Jangan terlalu cepat untuk terus memiliki aset tanpa pertimbangan penuh. Pembiayaan merupakan tanggungjawab jangka panjang, dan lebih daripada separuh (60%) yang bankrup tergolong di dalam kumpulan umur 25 sehingga 34 tahun. Jadi, jangan biarkan hutang memakan diri anda – atau memberikan kesan buruk terhadap kredit anda.
Sebelum mengatakan "ya" untuk apa-apa pembiayaan, sentiasa ketahui kemampuan sebenar anda – dan bina bajet anda dengan bijak. Dan juga, sentiasa gunakan kalkulator pembiayaan untuk memastikan jika anda mampu untuk berhutang.
Elakkan perbelanjaan berlebihan, mula mendirikan dana kecemasan, pelajari strategi kewangan sebelum mula berhutang; dan anda akan membina perjalanan kewangan yang positif sepanjang kerjaya anda.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Sumber:
*https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/12/09/report-shows-low-income-earners-millennials-living-beyond-their-means/
*https://documents1.worldbank.org/curated/en/616631575645435287/pdf/Malaysia-Economic-Monitor-Making-Ends-Meet.pdf