Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Jika anda berumur 20an, ingin jadi kaya raya dengan pendapatan besar pasti bagaikan satu angan-angan saja. Walaupun tiada jalan pintas untuk jadi seorang jutawan, ianya tidak mustahil jika anda menyimpan dari awal. Dari tips menyimpan hingga pengurusan duit, kami kongsikan tiga cara bijak yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

FutureFirst: Lakukan simpanan automatik

Setiap bulan, ada potongan KWSP di dalam slip gaji. Ini adalah jaring keselamatan anda, tetapi pakar kewangan mengatakan ia mungkin tidak cukup untuk masa depan anda*.

 

Cuba untuk simpan 10-20% daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan sampingan. Jika anda selalu berbelanja tanpa bajet, tetapkan simpanan automatik di dalam akaun perbankan online melalui Transaksi Berjadual.

 

Mahu yang lagi baik, pilih akaun yang berikan insentif tambahan - seperti rebat tunai untuk perbelanjaan di stesen minyak atau insentif tunai jika anda kekalkan baki purata setiap bulan.

Innovate: Kembangkan kemahiran anda

20an adalah masa untuk anda kukuhkan asas kekayaan. Tingkatkan nilai diri anda dari segi kemahiran dan pengalaman yang boleh bantu anda capai matlamat kewangan. Selepas selesai menyimpan dan hutang diselesaikan, mula membuat pelaburan ke atas masa depan anda dengan memasuki seminar atau program yang ingin anda terajui, atau mulakan perniagaan sampingan.

 

Dalam ekonomi startup ini, hanya perlukan modal kecil untuk mulakan usaha niaga separuh masa yang berikan pendapatan ekstra.

InvestAlways: Gandakan duit anda

Cari produk insurans berkaitan pelaburan dengan premium rendah untuk gandakan manfaat yang anda terima. Insurans adalah satu kelebihan yang boleh lindungi krisis kewangan anda sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka.

 

Ingat pepatah “jangan letak semua telur dalam satu bakul”. Bergantung pada profil risiko, anda boleh melabur dalam instrumen kadar hasil rendah hingga tinggi dengan pendekatan risiko terhitung. Beli rumah ketika masih berumur 20an, satu pelaburan rendah risiko dan berbaloi - nilai aset hartanah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

 

Jika anda masih ragu-ragu di mana mahu mula, sila rujuk dengan penasihat pakar kewangan untuk bantu anda nilai risiko dan lakar strategi portfolio pelaburan dengan pulangan tinggi.

 

Memang tiada jalan pintas untuk jadi kaya, tetapi terbukti juga ia bukan satu misteri. Dengan tips ini, anda boleh mulakan misi untuk mengumpul harta dan duit sejak umur 20an, sehingga dapat menikmati hasil simpanan pada umur 40an. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

Sumber:

*https://www.theedgemarkets.com/article/longterm-challenges-retirement-planning


#Pelaburan #Menyimpan