Apa itu skor kredit? Skor kredit ialah nombor 3 digit yang mencerminkan kedudukan kredit dan tabiat pembayaran seseorang. Institusi kewangan atau pemiutang kebanyakannya melihat skor kredit ini untuk memutuskan sama ada seseorang itu boleh dipercayai untuk menerima pembiayaan baru atau kad kredit.
Jadi, pemiutang akan semak sejarah pembayaran balik hutang anda, status hutang tertunggak termasuk jenis kredit, tempoh dan jumlah, serta sebarang permohonan terkini apabila menilai skor kredit anda!
Ingat! Skor kredit anda adalah penting kerana ia merupakan faktor besar dalam kelayakan anda untuk mendapat permohonan kredit. Lagi bagus skor kredit anda, lebih senang untuk anda mendapatkan kelulusan permohonan pembiayaan atau kad kredit.