{{tile.title}}
{{tile.description}}
{{tile.expiryDate}}
Kami akan bersama anda sebentar lagi.
Strategi Simpanan
CIMB ❘ 12 Aug 2022
1 min(s) read
Kita semua tentu tahu tentang kebaikan menabung, namun pernahkah anda terfikir untuk menyimpan simpanan anda di dalam akaun patuh shariah?
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis akaun simpanan patuh shariah (juga dikenali sebagai akaun simpanan-i) yang ditawarkan oleh bank-bank, termasuklah CIMB.
Jadi…. apa beza akaun simpanan-i ni dengan akaun konvensional yang lain? Ini yang perlu anda tahu mengenai Akaun Patuh Shariah:
Apa sebenarnya Akaun simpanan-i/akaun patuh shariah ni? Ramai yang mengganggap bahawa akaun jenis Islamik ini mempunyai fungsi yang terhad – tapi ini hanya satu mitos sahaja.
Sama seperti akaun-akaun simpanan yang lain, akaun simpanan-i anda datang dengan pelbagai jenis fungsi perbankan. Contohnya, perbankan online, kad debit, transaksi deposit dan pengeluaran wang, pembayaran bil dan menolong anda untuk mengurus wang secara telus dan teratur.
Bezanya dengan perbankan konvensional ialah akaun-akaun patuh shariah diurus serta ditadbir oleh institusi perbankan Islam berdasarkan hukum syarak yang telah ditetapkan.
Jom ketahui ciri-ciri akaun patuh shariah yang ditawarkan:
Jadi, apa kelebihan membuka akaun simpanan-i? Ini tiga kelebihan utama:
Tak pasti tentang sumber dana? Jangan risau kerana segala urusan perniagaan seperti kontrak, pembiayaan dan pelaburan berlandaskan syarak.
Yey! Tiada lagi unsur batil (salah) dan meragukan dalam simpanan anda. Jangan kuatir, semua urus tadbir produk perbankan Islam adalah dipantau oleh para penasihat shariah bank dan juga Bank Negara Malaysia
Ramai juga menganggap bahawa akaun patuh shariah tidak memberikan pulangan yang kompetitif. Ini juga merupakan mitos. Terdapat pelbagai akaun patuh shariah yang menawarkan kadar dividen yang kompetitif – jadi pastikan anda semak dan bandingkan kadar dan manfaat beberapa akaun sebelum membuat keputusan.
Untuk Muslim sahaja atau…? Tidak! Akaun patuh shariah terbuka untuk semua, tanpa mengira agama.
Mungkin anda tertanya-tanya apa yang perlu disediakan sebelum membuka akaun pilihan anda? Ini yang perlu anda ketahui:
Ingat, setiap bank berbeza jumlah deposit dan jumlah minimum yang perlu anda simpan. Ianya boleh bermula serendah RM10 dan lebih.
Jangan alpa! Sentiasa peka tentang kadar keuntungan yang bakal anda perolehi kerana terdapat akaun simpanan yang menawarkan kadar keuntungan yang berbeza mengikut baki akaun anda. Bahkan, terdapat beberapa produk patuh shariah yang menawarkan kadar keuntungan yang lebih berbanding produk perbankan konvensional.
Setiap akaun menawarkan kelebihan yang berbeza seperti tawaran akaun simpanan tanpa caj tahunan atau caj pengurusan. Ada juga akaun simpanan-i yang boleh dibuka secara online – jadi anda boleh mula memulakan simpanan dari mana saja anda berada!
Sedang mencari akaun simpanan patuh shariah dengan deposit minimum RM20 dan boleh buka secara online? Lihat akaun simpanan-i OctoSavers oleh CIMB.
Berminat untuk meningkatkan literasi kewangan anda? Lihat lebih banyak artikel informatif yang sarat dengan tips pengurusan kewangan di sini!
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Pautan ini disediakan hanya untuk kemudahan anda dan tidak akan dianggap atau diertikan sebagai sokongan atau pengesahan laman web yang dipautkan atau kandungannya oleh Kumpulan CIMB.
Kumpulan CIMB tidak memberikan jaminan mengenai status pautan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web yang anda akan akses.
Adakah anda ingin meneruskan?