Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Azam tahun baru anda adalah untuk mula menabung dan melabur? Kami di CIMB sedia membantu!

 

Menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan dan di saat kecemasan merupakan satu perkara yang perlu dilakukan semua, tanpa mengira umur. Tidak lupa juga, anda perlu mula melabur untuk simpanan persaraan dan hari tua nanti.

 

Tapi, bagaimana untuk bermula? Teruskan membaca panduan ini untuk mengetahui cara menyimpan wang selain daripada akaun simpanan biasa!  

Buka Akaun ASB

Tentunya anda tahu apa itu akaun ASB, kan? Bagi mereka yang belum membuka atau membuat pelaburan ASB, bolehlah mula sekarang.

 

ASB atau Amanah Saham Bumiputera merupakan unit amanah yang dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ASB ini dibuka khas untuk warga bumiputera dan boleh menjadi pilihan yang bagus untuk anda mengembangkan wang simpanan anda.

 

 Ini diantara sebab-sebab mengapa anda perlu membuka akaun ASB:

 

Dividen tahunan

 

Pelaburan ASB anda akan menikmati dividen tahunan yang diagihkan mengikut amaun pelaburan di dalam akaun anda. Sebagai contoh, dividen yang diberikan pada tahun 2021 ialah 4.25 sen, dan bonus 0.75 sen. Ketahui tentang prestasi tabung ASB di sini.

 

Pembiayaan ASB

 

Pelaburan permulaan ASB ini hanyalah RM10. Seperti kata pepatah “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, wang anda tentu akan berganda lama-kelamaan! Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang tinggi tapi ingin membuat pelaburan ASB, anda bolehlah menyelidik lebih lanjut mengenai pembiayaan ASB.  

 

Tiada caj untuk pengeluaran, jualan, atau penebusan unit

 

ASB menggunakan konsep harga dana pendapatan tetap di mana setiap unit dana berharga RM1. Oleh itu, sebarang jualan dan fi penebusan unit ini tidak akan dikenakan caj. Pelabur juga boleh mengeluarkan pelaburan dengan mudah secara online atau di kaunter ejen-ejen ASB.

 

Tiada had untuk faedah yang diterima

 

Walaupun terdapat had simpanan maksimum sebanyak RM200,000, ASB tidak mengehadkan kadar pertumbuhan pelaburan. Keuntungan modal yang berada dalam akaun ASB akan sentiasa bertambah setiap tahun dengan penambahan jumlah keseluruhan dalam akaun melebihi RM200,000.

 

Lakukan pelaburan ASB secara mudah

 

Anda boleh buka akaun ASB dengan mudah melalui ejen-ejen sah ASB. CIMB ialah salah satu ejen ASB dan kami sedia membantu! Anda boleh buka akaun ASB di cawangan CIMB atau melalui ejen-ejen ASB lain.

 

Jika anda sudah mempunyai akaun ASB, anda juga boleh akses dan lakukan pelaburan tambahan melalui platform digital CIMB Clicks dengan mudah dan ringkas.

 

Ingin mengetahui bagaimana untuk mula melabur melalui CIMB Clicks? Layari halaman pelaburan unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kami sekarang.

 

Dibenarkan di sisi Islam

 

Masih terdapat keraguan untuk mereka yang beragama Islam untuk melabur dalam ASB. Jangan risau, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI telah memutuskan bahawa pelaburan di ASB dan pelaburan relatif lain adalah “harus” dan tidak dilarang dalam Islam*.

 

Memandangkan anda telah tahu manfaat melabur dalam ASB, kini anda boleh pelbagaikan pelaburan anda untuk pelaburan yang optimum! Giatkan usaha pelaburan anda dengan alternatif lain di bawah:

Buka Akaun PRS

Akaun “Private Retirement Scheme” (Skim Persaraan Swasta), atau PRS, merupakan akaun skim simpanan dan pelaburan jangka panjang. Sama seperti KWSP, akaun ini bertujuan untuk menolong rakyat Malaysia menambahkan wang persaraan mereka.

 

Setiap PRS dijalankan di bawah struktur simpanan yang terkawal. Anda boleh memilih daripada pelbagai Penyedia PRS dan Dana PRS sendiri. Tidak tahu bagaimana untuk bermula? Anda boleh memilih berdasarkan umur anda, atau ketahui prestasi dana di laman web PRS.

 

Berikut merupakan antara kebaikan mempunyai akaun PRS:

 

Untuk simpanan hari tua

 

Fungsi utama PRS ialah untuk membantu anda menyimpan wang untuk persaraan anda. Sama seperti KWSP, simpanan PRS boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun (tapi ada beberapan pengecualian yang diberikan).

 

Pilihan Patuh-Shariah

 

Terdapat beberapa penyedia PRS (termasuklah CIMB) yang menawarkan akaun PRS patuh-shariah.

 

Sistem semua-dalam-satu dan fleksibel

 

Private Pension Administrator Malaysia (PPA), yang merupakan pentadbir pusat bagi PRS, menyediakan pengurusan akaun setempat dan perkhidmatan ahli berterusan demi melindungi kepentingan anda. Anda juga pasti akan jumpa sistem simpanan yang sesuai dengan profil pelaburan anda (pilih daripada 8 Penyedia PRS dan pelbagai dana. Lihat PRS yang ditawarkan CIMB di sini).

 

Pengecualian cukai

 

Pemegang akaun PRS dapat menikmati pengecualian cukai individu sehingga RM3,000.

 

Mudah untuk menyimpan

 

Anda boleh buka akaun PRS dengan mudah secara online di laman web PRS atau melalui penyedia-penyedia PRS seperti CIMB. Lebih bagus lagi, anda boleh top-up simpanan PRS dan semak akaun PRS anda melalui CIMB Clicks! Senang bukan untuk mula menabung? 

Buka Akaun SSPN

Bagi anda yang sudah mempunyai keluarga, pasti anda mahukan yang terbaik untuk si kecil. Semestinya, anda ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak anda!

 

Tetapi, adakah dana anda mencukupi untuk membiayai pendidikan mereka, lebih-lebih lagi untuk pendidikan kolej atau universiti? Tidak perlu pening kepala, SSPN boleh membantu anda.

 

SSPN merupakan skim atau pelan simpanan pendidikan di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Skim ini berfungsi seperti akaun simpanan biasa, tetapi tanpa pilihan pengeluaran. Ada dua pilihan iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

 

Berikut merupakan antara kebaikan mempunyai akaun SSPN:

 

Pelepasan taksiran cukai pendapatan

 

Untuk kedua-kedua pemegang akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus, anda akan mendapat pelepasan taksiran cukai bagi simpanan bersih tahunan sehingga RM8,000.

 

Perlindungan takaful

 

Pencarum akaun SSPN-i Plus beserta pasangan dan anak akan menikmati perlindungan takaful dengan automatik. Manakala, untuk akaun SSPN-i, anda akan menerima perlindungan selepas jumlah simpanan melebihi RM1,000.

 

Dividen dikecualikan cukai

 

Kedua-kedua pemegang akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus akan menerima dividen tanpa cukai. Lebih banyak anda simpan, lebih banyak pulangan yang anda dapat.

Buka Akaun Deposit Tetap

Pernah dengar tentang akaun deposit tetap?

 

Deposit tetap atau fixed deposit merupakan akaun simpanan yang memberikan anda kadar faedah yang tetap. Untuk memastikan anda mendapat kadar ini, anda perlu bersetuju untuk tidak mengusik dana tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

Contohnya: Anda pilih untuk membuka akaun deposit tetap atau fixed deposit 6-bulan. Ini bermakna anda tidak boleh mengeluarkan wang selama 6 bulan untuk menikmati faedah yang diberikan.

 

Deposit tetap ada pilihan patuh-shariah ke? Bagi mereka yang bertanya, jangan risau. Kebanyakan bank menawarkan pilihan deposit tetap konvensional dan Islam, termasuklah CIMB.

 

Berikut merupakan antara kebaikan mempunyai akaun simpanan tetap:

 

  • Kadar pulangan lebih tinggi berbanding akaun simpanan
  • Pelbagai tempoh masa untuk pilihan anda
  • Risiko pelaburan yang rendah

 

 

Ada pelbagai cara untuk simpan duit anda dengan efektif. Lihat artikel-artikel kami yang lain untuk lebih tips simpan duit. Selamat menyimpan!

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.

 

Sumber:

 

*https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2017/09/331459/kesepakatan-syariah-dalam-pelaburan-asb

 

 

 


#Simpanan #Persaraan #PerancanganKeluarga