Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Nikmati pinjaman peribadi tanpa cagaran dan penjamin, dan tempoh pembayaran balik sehingga 5 tahun untuk memenuhi impian anda. Mohon sekarang!
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang  
Sustainability at CIMB  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Kemudahan pembiayaan bertempoh ini berasaskan konsep Murabahah Komoditi-Tawarruq yang membenarkan anda melabur dalam unit ASB dengan kos pelaburan lebih rendah. Pelaburan ini akan membantu anda menjana kekayaan dan mencapai matlamat kewangan anda.

Mengapa

Melabur Menggunakan Dana Anda Sendiri

sedangkan anda boleh menggunakan pembiayaan ASB untuk memaksimumkan modal dan pulangan pelaburan anda?

Nikmati

Dividen Tahunan Kompetitif

atas pelaburan ASB menerusi pembiayaan ASB dengan CIMB

Pelan Takaful Yang

Melindungi Jumlah Pembiayaan Anda

untuk memberikan ketenangan minda (opsyenal)

Manfaat & Keistimewaan

  • Kadar Keuntungan Kompetitif

    Nikmati Kadar Keuntungan yang stabil sepanjang tempoh pembiayaan anda, yang dihadkan pada Kadar Keuntungan Siling (CPR) 10.75% setahun.

  • Tempoh Pembiayaan Fleksibel

    Pembiayaan dari 5 tahun hingga 40 tahun atau umur 70 tahun, mana-mana yang lebih awal.

  • Jumlah Pembiayaan Sesuai dengan Kemampuan Anda

    Minimum RM10,000; Maksimum RM200,000.

  • Margin Pembiayaan

    Pembiayaan sehingga 100% + perlindungan Takaful 5%.

  • Group Term Financing Takaful (GTFT)

    GTFT ialah pelan perlindungan bagi jumlah pembiayaan anda yang meliputi manfaat hilang upaya menyeluruh kekal (TPD) dan kematian, memberikan ketenangan minda kepada anda sekeluarga sambil memaksimumkan pulangan pelaburan ASB.

  • Pelaburan Risiko Rendah

    Pelaburan kewangan berisiko rendah bagi pelabur.

Penafian PNB

Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus Induk Tambahan Kedua bertarikh 1 April 2023, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020, Prospektus Tambahan Pertama ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus Tambahan Kedua ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 1 April 2023, Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021, Prospektus Tambahan Pertama ASN Equity Global bertarikh 1 April 2023, Prospektus ASN Sukuk bertarikh 25 November 2022 dan Prospektus Tambahan Pertama ASN Sukuk bertarikh 1 April 2023 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.

Kelayakan

Bumiputera Sahaja

  • Individu berumur 18 tahun ke atas, dengan bukti pendapatan sahaja.
  • Permohonan bersama dihadkan kepada ibu bapa / pasangan / adik beradik / kanak-kanak dewasa sahaja.

Nota Penting

Kadar Asas Standard (KAS) pada 9 Mei 2023 adalah 3.00% setahun.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menghantarkan dokumen wajib berikut:

  • Salinan K/P pemohon
  • Bukti pendapatan

 

Definisi bukti pendapatan

  1. Penerima gaji, hantarkan salah SATU daripada dokumen berikut:
    • Slip gaji 1 bulan terkini (untuk pendapatan tetap) atau slip gaji 3 bulan terkini (untuk pendapatan tidak tetap).
    • Baucar pembayaran 3 bulan terkini diiringi oleh penyata akaun semasa atau akaun simpanan menyatakan gaji yang dikredit.
    • Bagi pelanggan CIMB Payroll, minimum penyata bank 3 bulan terkini.
    • Penyata KWSP terkini.
       
  2. Bekerja sendiri / pemilik perniagaan / pemilik tunggal, hantarkan salah SATU daripada dokumen berikut:
    • Penyata akaun semasa perniagaan 6 bulan terkini.
    • Penyata keuntungan yang diperoleh dan diterima dari Deposit Berjangka yang diletakkan lebih daripada 12 bulan.
    • Penyata dividen ASNB.
    • Penyata akaun Tabung Haji 6 bulan terkini.

Fi & Caj

Promosi Pembiayaan Bertempoh-i Dijamin Oleh Sijil ASB

Butiran Pembiayaan Kadar Pembiayaan Pautan Jadual Pembayaran
Amaun pembiayaan RM30,000 dan ke atas dengan tempoh antara 5 – 20 tahun

4.45% setahun

(KAS + 1.45% setahun)

Klik Untuk Muat Turun
Amaun pembiayaan RM30,000 dan ke atas dengan tempoh antara 21 – 40 tahun

4.50% setahun

(KAS + 1.50% setahun)

Klik Untuk Muat Turun
Amaun pembiayaan bawah RM30,000

4.75% setahun

(KAS + 1.75% setahun)

Klik Untuk Muat Turun

Kadar keutamaan tersedia untuk pelanggan CIMB@Work. Sila kunjungi cawangan CIMB terdekat untuk maklumat lanjut tentang kadar keutamaan.

Bukan pelanggan CIMB@Work? Klik di sini untuk mengetahui cara anda boleh mendaftar untuk CIMB@Work.

 

KAS semasa: 3.00% setahun

Tempoh sah promosi: 9 Mei 2023 sehingga diberitahu kelak

Lembaran Pendedahan Produk

Terma-Terma & Syarat-Syarat