Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

“Mampukah saya dengan harga hartanah yang melangit, majlis perkahwinan yang mewah, mentua yang mendesak...” Tidak dinafikan, kestabilan kewangan adalah penting sebelum anda mengemukakan soalan perkahwinan terutama sekali jika anda ingin berpegang kepada ikrar perkahwinan anda. Malahan, semakin kerap untuk pasangan muda membuat pinjaman berjumlah RM30,000 hingga RM50,000 semata-mata untuk mengikat tali pertunangan!

 

Di sini, kami telah nyatakan senarai asas yang perlu anda pertimbangkan sebelum memulakan langkah seterusnya, dan cara berjimat untuk membina mahligai perkahwinan.

 

Kos sebelum kahwin 

Pertama, harga cincin. Terdapat pelbagai jenis cincin di pasaran – bermula dari harga ratusan ringgit ke ribuan ringgit. Ini anda boleh bayar secara ansuran 0%. Kedua, jangan lupa bajet untuk majlis merisik juga. 

 

Selalunya, perbelanjaan ini adalah pilihan sendiri ataupun tradisi. Walau bagaimanapun, banyak budaya dan keluarga yang mematuhi adat mas kahwin yang melambangkan komitmen awal untuk perkahwinan. Seperti cincin, mas kahwin yang mungkin berbeza dari segi kosnya. Bergantung kepada negara, negeri dan latar belakang budaya, adat mas kahwin boleh dikenakan sama ada kepada pengantin perempuan atau pengantin lelaki atau kedua-duanya.

 

Di antara perbelanjaan biasa ialah penggambaran pra-perkahwinan. Bergantung pada pakej yang anda pilih, ini boleh mencecah beratusan ringgit untuk sesi potret di studio sahaja dan ribuan ringgit untuk sesi gambar di luar yang tidak termasuk sewaan pakaian, rambut dan persolekan.

 

Jangan risau, anda boleh mendapatkan kualiti yang bagus juga dengan kadar yang lebih rendah melalui laman web dan portal agregat. Sebagai contoh, dapatkan perkhidmatan juru gambar freelancer untuk majlis perkahwinan anda.

Kos perkahwinan

Ini mungkin merupakan perbelanjaan terbesar untuk merealisasikan perkahwinan impian anda. Ambil perhatian jika anda merancang untuk melakukan majlis persandingan anda di hotel kerana perbelanjaan ini boleh mencecah harga yang tinggi (dalam lingkungan RM200 atau lebih/kepala).

 

Untuk kurangkan kos, anda boleh juga mempertimbangkan lokasi tempat atau pakej perkahwinan alternatif  – seperti kafe trendy dan lokasi terbuka seperti di tepi pantai atau mengadakan majlis di rumah. Anda juga boleh menggunakan tenaga rakan dan keluarga untuk melakukan sesi DIY untuk meringankan lagi beban perbelanjaan anda. Atau jika anda mempunyai rakan yang berbakat sebagai pengacara majlis, ambil peluang ini untuk menyerlahkan bakat rakan dan menjimatkan lagi perbelanjaan perkahwinan anda.

 

Semakin banyak aktiviti atau perhiasan yang anda inginkan, semakin tinggi kos. Jadi sentiasa tahu bajet maksimum anda dan cuba kurangkan kos dengan petua-petua ini! 

Kos kehidupan selepas berkahwin

Sesetengah pasangan memilih untuk pergi berbulan madu sejurus selepas perkahwinan dan ada yang menangguhkannya kemudian. Mana-mana destinasi pilihan anda, pastikan anda telah membuat belanjawan untuknya.

 

Kos berbulan madu sahaja adalah berbeza kerana ianya bergantung kepada destinasi pilihan anda. Sebagai anggaran anda akan membelanjakan sebanyak RM5,000 untuk destinasi serantau. Untuk menjimatkan wang, anda boleh pertimbangkan untuk melancong secara tempatan atau destinasi ASEAN di mana kadar pertukaran wang yang lebih mesra poket.

 

Selepas perkahwinan dan bulan madu berakhir, realiti kehidupan akan menjadi kenyataan. Anda sememangnya harus berbincang dengan pasangan anda sebelum berkahwin. Jangan abaikan perbincangan ini kerana anda perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang kewangan harian sebelum membuat komitmen seumur hidup bersama.

 

Di mana anda memilih untuk membina kehidupan anda bersama-sama juga memerlukan wang, dalam sewa atau pinjaman rumah dan untuk membuat tempat. Pastikan anda sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan simpanan dan dana kecemasan yang berasingan. Perbelanjaan yang tidak dijangka mungkin akan timbul dalam proses pemindahan atau penyelesaian.

 

Ingat, anda melihat kira-kira RM10,000 dalam kos pra-perkahwinan, RM50,000 untuk majlis persandingan sahaja tidak lupa juga perbelanjaan bulan madu dan simpanan enam bulan pertama untuk kegunaan selepas perkahwinan sehingga keadaan kewangan anda lebih stabil. Angka itu boleh mencecah kira-kira RM100,000 dengan sedikit ruang untuk perbelanjaan sampingan.

 

Sebenarnya, kos untuk berkahwin adalah berbeza. Ianya bergantung pada lokasi, status sosioekonomi dan kemampuan kewangan anda. Jadi, sentiasa berpegang teguh pada prinsip berbelanja "hanya sebanyak yang mampu" dan anda akan dapat meletakkan cincin pada pasangan tanpa dompet anda perlu menipis.

 

Sumber:

*https://www.theweddingnotebook.com/checklist/malaysian-wedding-ceremony-sop-by-mkn-malaysia-under-cmco/

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.