Dalam setiap hubungan, anda pasti tahu tentang perihal pasangan. Seperti hobi dan perkara yang tak disukai, dan juga matlamat hidup. Tetapi sebanyak mana anda tahu tentang kewangan mereka? Perbincangan kewangan di mana perkara tentang hutang, tabiat belanja dan simpanan kadang kala adalah sukar dilakukan untuk sesetengah pasangan.
Di Malaysia, ada lebih daripada 50,000 kes cerai dalam tahun 2018, di mana salah satu punca adalah masalah kewangan*. Di seluruh dunia juga, ada pasangan yang mengatakan isu kewangan adalah faktor utama penyebab tekanan dalam rumah tangga**.
Oleh itu sangat penting untuk anda dan pasangan mencari cara pengurusan kewangan bersesuaian agar hubungan kekal sihat dan teguh. Tetapi bagaimana cara untuk mulakan perbualan?
Di sini ada beberapa contoh topik perbincangan yang setiap pasangan perlu ada sebelum berkahwin: