Seronoknya berbulan madu, percutian pertama selepas berkahwin. Pasti anda mahu sesuatu yang istimewa, agar boleh dikenang sampai bila-bila dan diceritakan kepada anak dan cucu anda!

 

Bila merancang tentang bulan madu yang sempurna, kaji selidik yang dibuat sangat membantu sebelum anda memulakan perjalanan.

 

Jikalau anda sudah bermula membuat perancangan, di sini ada beberapa tips untuk memastikan percutian bulan madu kekal seronok, tanpa memerlukan bajet yang besar:

Tetapkan prioriti

Apa aktiviti yang ingin anda buat? Berapa banyak yang boleh dibelanjakan? Anda mahu beristirehat atau pergi mengembara?

 

Apabila anda sudah buat keputusan, boleh mula merancang bajet bulan madu. Buat carian online, atau rujuk dengan ejen pelancongan untuk dapatkan pakej yang bersesuaian. Berikut beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan bila merancang bajet bulan madu:

 

  • Tidak perlu mengikut cita rasa orang ramai. Seperti memilih destinasi yang tidak dikenali ramai. Anda boleh mendapat tiket penerbangan murah dan lebih banyak pilihan penginapan.
  • Ingin pergi ke destinasi romantik seperti Paris atau Bali? Kalau mahu berjimat, pilih penginapan alternatif yang berpatutan seperti AirBnB atau bed and breakfast.

Jadikan hadiah kahwin

Sebagai hadiah perkahwinan, berikan rakan dan keluarga pilihan untuk menyumbang terhadap percutian bulan madu anda. Senaraikan aktiviti anda dan orang yang tersayang boleh pilih untuk menyumbang satu sesi spa atau pelayaran romantik. 

 

Tempah penerbangan seawal yang boleh

Kebiasaannya harga tiket penerbangan jauh lebih murah bila ditempah awal. Anda pasti boleh dapat tiket murah bila pergi berbulan madu pada tarikh bukan musim cuti atau tempah penerbangan bila musim diskaun ditawarkan.

Tunaikan mata ganjaran kad kredit

Bila anda buat perancangan bulan madu awal, ada banyak masa untuk dapatkan mata ganjaran dengan kad kredit.

 

Jika anda ingin dapat mata ganjaran yang banyak sebelum berbulan madu, pertimbangkan untuk guna kad kredit bagi perbelanjaan perkahwinan. Dengan cara ini, anda boleh biayai perkahwinan impian sambil dapatkan ganjaran untuk bulan madu.

 

Perhatikan tawaran kad kredit untuk diskaun makan minum, hiburan, atau penaikan taraf bilik suit bulan madu. Jika anda ada kad kredit pelancongan, boleh dapatkan insuran pelancongan dan kadar tukaran mata wang terbaik yang pasti dapat meningkatkan pengalaman bulan madu anda.

 

Gandakan duit sebelum melancong

Jika anda dan pasangan sudah menabung untuk tempoh yang lama, tambahan jumlah duit ekstra sangat tidak merugikan.

 

Jika anda belum menabung atau baru saja mula menabung, terokai peluang lain untuk gandakan duit anda. Contohnya salah satu pelaburan jangka pendek seperti deposit tetap 3 hingga 6 bulan yang berikan kadar pulangan menarik.

 

Bila tabungan anda sudah cukup, akhirnya anda boleh pergi melancong dengan hati dan minda yang tenang.

 

Tahniah dan selamat bercuti!

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.