Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

 

Waktu kerja yang fleksibel dan kebebasan dalam kerjaya menjadikan fenomena ekonomi gig semakin menular di Malaysia. Ekonomi gig mengamalkan sistem pasaran bebas tanpa majikan, dan perkembangannya menjadi semakin rancak beberapa tahun ini.

 

Ekonomi gig dilihat sebagai sinar harapan untuk rakyat menjana pendapatan demi menjamin kelansungan hidup. Tetapi, adakah pekerja gig mempunyai simpanan yang cukup untuk mengharungi masa sukar? Berikut merupakan 4 simpanan buat pekerja gig di Malaysia.

Simpanan Kecemasan

Jika anda seorang pekerja gig, simpanan pertama yang perlu anda ada ialah simpanan kecemasan. Membina dana kecemasan yang mencukupi perlu didahulukan supaya anda mempunyai wang buat waktu memerlukan.

 

Apabila merangka matlamat kewangan anda, cuba utamakan wang kecemasan untuk mamastikan bahawa anda akan mempunyai perlindungan yang sewajarnya. Bayangkan, apa yang akan berlaku sekiranya anda ditimpa kemalangan ?

 

Sekurang-kurangnya, anda mempunyai wang yang boleh digunakan semasa situasi terdesak seperti kemalangan, bencana, kenderaan rosak, ditimpa penyakit, dan sebagainya. Secara tidak lansung, fikiran anda juga pasti lebih tenang kerana anda sudah bersedia dari segi kewangan!

 

Jadi, berapa banyak wang yang perlu anda simpan untuk tabung kecemasan? Majoriti pakar kewangan mencadangkan supaya anda mempunyai simpanan melebihi pendapatan enam bulan. Jika sukar, anda boleh mula untuk simpan kira-kira 10% daripada pendapatan bulanan. 

Simpanan Persaraan

 

Simpanan persaraan perlu dipandang serius kerana ia merupakan instrumen penting untuk menjamin status kewangan yang stabil selepas bersara. Adakah anda mahu menghabiskan masa emas anda dengan selesa?

 

Jika ya, bukalah akaun KWSP dan carum secara sukarela menerusi i-Saraan. Akaun i-Saraan memberikan anda pulangan faedah yang sama dengan mereka yang bekerja dalam sektor ekonomi yang lain. Selain itu, anda juga akan menerima sumbangan tambahan serta insentif menarik.

 

Alternatif lain yang boleh anda pertimbangkan ialah Skim Persaraan Swasta (PRS). Terdapat pelbagai jenis skim yang boleh anda pilih untuk memenuhi keperluan simpanan anda. 

 

LIHAT LAGI: 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Ada Pelan Persaraan

Simpanan Perlindungan

Seterusnya, simpanan perlindungan juga penting untuk persediaan menghadapi tempoh sukar. Satu inisiatif yang anda perlu tahu ialah Dana Padanan Bagi Platform Ekonomi Gig (PenjanaGig)*.

 

Ianya terbuka kepada pekerja gig yang melakukan kerja yang dikendalikan melalui platform penyedia perkhidmatan online serta aplikasi digital (contohnya, Grab, GoGet dan sebagainya). Caruman pula akan dibayar melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pelan 2.

 

 Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
  • Bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau agensi kerajaan
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • Perlindungan SKSPS di bawah program ini adalah selama setahun dan hanya merangkumi Pelan 2 sahaja
  • Orang bekerja sendiri (OBS) yang bekerja di Malaysia

 

Layari laman web PERKESO untuk ketauhi dengan lebih lanjut. 

 

Simpanan Pelaburan

 

Meskipun pelaburan bukanlah perkara baharu, masih ramai yang tidak sedar akan manfaat pelaburan. Pelaburan memberikan anda pulangan berlipat ganda, seterusnya menjadi sumber pendapatan pasif yang menguntungkan.

 

Buat pekerja ekonomi gig, pelaburan merupakan satu inisiatif yang boleh diambil untuk menambahkan lagi jumlah pendapatan bulanan dengan mudah. Tetapi, jangan terus terjun ke dunia pelaburan begitu sahaja!

 

Sebaliknya, lengkapkan diri anda dengan ilmu pelaburan dan cara untuk menguruskan kewangan dengan betul. Hal ini dapat mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan serta mengurangkan risiko kewangan.

 

Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda ceburi seperti pelaburan saham, unit amanah, ASB, emas, hartanah, deposit tetap, dan sebagainya. Yang penting, kaji selidik pelaburan pilihan anda dulu sebelum memulakan perjalanan pelaburan anda. 

 

Kami berharap perkongsian kali ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menyimpan. Untuk lebih banyak artikel menarik, kunjungi laman web kami di sini!

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini. 

 

Sumber:

*https://www.perkeso.gov.my/penjana-gig.html