Kalau anda sudah berminat dengan suatu hartanah itu, anda masih perlu mengambil kira keadaan sekeliling. Ini termasuk faktor-faktor yang boleh mempengaruhi nilai semasa atau masa hadapan hartanah tersebut.
Oleh itu, pastikan anda semak faktor-faktor yang mempengaruhi nilai pelaburan anda. Antaranya adalah:
- Keadaan pasaran hartanah semasa
- Undang-undang berkaitan hartanah
- Kawasan dan lokai hartanah
- Sistem percukaian yang diguna, dan semestinya;
- Cukai Keuntungan Harta Tanah
Benar, pelaburan hartanah boleh menjanjikan keuntungan tapi sentiasa selidik dan rancang sebelum membuat keputusan anda – lagi-lagi jika ianya melibatkan modal dan wang yang banyak. Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat menolong anda di dalam perancangan pelaburan dan kewangan anda. Selamat maju jaya!
Jika anda mahukan lebih artikel seperti ini, kunjungi portal literasi kewangan kami dan dapatkan pelbagai tips pengurusan kewangan yang efektif.
Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.