Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

 

Anda telah berjaya menamatkan pelajaran di instituisi pengajian tinggi? Tahniah kami ucapkan! Namun begitu, jangan lupa untuk membuat bayaran balik PTPTN jika anda merupakan seorang peminjam. Lagipun, adat meminjam, ia perlu dipulang.

 

Di sini, kami telah menyenaraikan tiga cara efektif untuk memudahkan urusan pembayaran balik PTPTN anda.

 

Penstrukturan Semula Bayaran Pinjaman

Anda mungkin tidak percaya berapa ramai peminjam PTPTN yang masih belum membuat bayaran balik PTPTN. Mengikut statistik, angka ini ialah dalam linkungan 539,284 peminjam*.

 

Jika anda sudah lama tidak membayar pinjaman PTPTN anda, maka langkah pertama yang wajar anda ambil adalah menstrukturkan semula bayaran. Sebelum itu, anda perlu fahami apa itu penstrukturan semula dan manfaatnya untuk pembayaran hutang PTPTN. Mari kita lihat situasi yang biasa berlaku dalam kalangan graduan di Malaysia:

 

"Syifa baru menamatkan pengajiannya dan dia mempunyai tempoh 12 bulan untuk mencari kerja dan seterusnya membayar hutang PTPTN. Tetapi, Syifa mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan dan terpaksa menganggur.

 

Hutang Syifa makin bertambah kerana dia masih gagal untuk mencari kerja setahun selepas tarikh graduasi. 6 bulan selepas pembayaran PTPTN Syifa bermula, dia telah ditawarkan perkerjaan. Syifa kemudian cuba untuk membayar pinjaman PTPTN namun pembayarannya ditolak.

 

Hal ini demikian kerana Syifa perlu menyelesaikan hutang yang tertunggak dahulu, sebelum dia boleh meneruskan pembayaran pinjaman secara bulanan."

 

Di sinilah penstrukturan semula memainkan peranan penting. Proses ini mengubah terma pinjaman dari aspek jumlah pembayaran bulanan serta tempoh penuh pembayaran balik supaya peminjam dapat menambah jumlah tunggakan kepada jumlah penuh pinjaman PTPTN mereka. Hal ini membolehkan peminjam untuk membuat pembayaran bulanan tanpa menyelesaikan jumlah tunggakkan terlebih dahulu.

 

Prosesnya mudah sahaja. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana kaunter PTPTN atau hubungi pejabat khidmat pelanggan PTPTN yang responsif. Kemudian, anda boleh tanya pegawai PTPTN tentang terma dan prosedur penstrukturan semula bayaran balik PTPTN.

Gabungan Pinjaman PTPTN

Cara ini adalah alternatif terbaik jika anda meminjam untuk setiap peringkat pengajian seperti diploma, ijazah sarjana muda, dan sarjana. Anda boleh menggabungkan semua pinjaman ini menjadi satu pinjaman dan jimat caj pentabiran. 

 

Berbincang Dengan Pihak PTPTN dan Bayar Tepat Pada Waktu

 

Anda boleh membayar pinjaman PTPTN melalui perkhidmatan perbankan atas talian. Cara mudah untuk membayar hutang PTPTN melalui CIMB Clicks adalah seperti berikut:

 

  1. Layari laman web CIMB Bank Berhad dan login ID dan Password.
  2. Pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN. 
  3. Pilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
  4. Isi ruangan nombor I/C dan juga nombor telefon.
  5. Masukkan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran pada ruangan ‘Amount and When’.
  6. Klik "√" pada ruangan ‘save as favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala
  7. Klik ‘Make Payment’
  8. Pastikan anda simpan resit sebagai rujukan, beri kepada pegawai PTPTN untuk tujuan semakan dan terima surat pengesahan pembayaran.

 

Selain CIMB Clicks, terdapat 4 medium lain untuk membayar hutang PTPTN anda, iaitu:

 

  • Bayar di mana-mana kaunter PTPTN secara tunai atau menggunakan kad kredit atau debit;
  • Bayar di kaunter pejabat pos dan bank-bank terpilih seperti CIMB Berhad (mempunyai caj perkhidmatan tambahan antara RM0.50-RM2.00);
  • Potongan gaji berjadual (peminjam perlu daftar melalui laman web rasmi PTPTN);
  • Pengeluaran akaun 2 KWSP.

3 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayaran Balik PTPTN

1. Tempoh mula bayaran balik PTPTN

 

Anda bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik PTPTN selepas setahun atau 12 bulan tamat pengajian. Anda takut terlupa? Jangan risau, pihak PTPTN selalunya akan memberi surat notis pembayaran balik pinjaman pada bulan ke-13.

 

Tetapi, perlu diingatkan bahawa kos upah (ujrah) bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke-13. Sekiranya anda melakukan bayaran balik lebih awal, anda tidak akan dikenakan ujrah dalam tempoh 12 bulan tersebut.

 

 

2. PTPTN dan CCRIS

 

Hal ini adalah antara perkara penting yang sering dipandang remeh oleh peminjam. CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem yang mengeluarkan laporan kredit individu.

 

Laporan CCRIS digunakan oleh bank sebagai rujukan untuk menilai skor kredit anda semasa proses kelulusan pinjaman atau kredit. Ia akan menentukan sama ada anda merupakan peminjam yang baik atau tidak.

 

Jadi, sekiranya anda tidak melakukan bayaran balik PTPTN, sudah pasti skor kredit anda akan menjadi rendah lalu menyukarkan anda untuk memperoleh pinjaman!

 

Ingin tahu lebih lanjut tentang apa itu skor kredit dan cara untuk memperbaiki skor kredit anda?

 

3. Penangguhan dan pengecualian bayaran balik PTPTN

 

Sudah semestinya terdapat kemudahan penangguhan bayaran buat mereka yang menghadapi kesukaran dari segi kewangan. Semak sekiranya anda layak untuk memohon penangguhan bayaran balik PTPTN di laman web rasmi PTPTN.

 

Manakala, jika anda mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, anda boleh melalukan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN di sini.

 

Suka artikel ini? Baca pelbagai artikel informatif mengenai kewangan dan gaya hidup di sini!

 

Artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan CIMB tidak membuat apa-apa representasi dan jaminan tentang ketepatan, kesempurnaan dan keadilan untuk apa-apa maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. Oleh kerana artikel ini bersifat umum, ia tidak bertujuan untuk menangani keadaan mana-mana individu atau entiti tertentu. Anda dinasihatkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pelaburan sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam artikel ini. CIMB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa akibat yang mungkin berlaku di atas kebergantungan anda terhadap maklumat yang dikemukakan di sini.

 

Sumber:

 

*https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-500000-peminjam-ptptn-tidak-pernah-buat-bayaran-balik-pinjaman-332685