Menurut Wall Street Journal, hanya 23% wanita komited kepada pengurusan kewangan jangka panjang. Bilangan wanita melabur dalam pasaran saham hanya separuh daripada jumlah kaum lelaki, dan 41% wanita kurang keyakinan dalam pengurusan wang*.
Kenapa isu ini penting?
Tahap kesedaran kewangan adalah penting untuk masa depan kita. Arif tentang menyediakan bajet, membuat simpanan dan menghasilkan kekayaan membantu mengukuhkan keselamatan kewangan dan kebebasan ekonomi seseorang. Malangnya, statistik menunjukkan pekerja wanita menerima pendapatan kurang berbanding pekerja lelaki** - ditambah lagi dengan kesedaran kewangan yang kurang, ia menggambarkan kelemahan wanita dalam dimensi ekonomi.
Jika anda seorang wanita yang mencari jalan untuk mencapai kebebasan kewangan, kami sediakan 3 tips pengurusan harta di sini.