Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Bila tiba masanya untuk mencari rumah, lokasi dan harga adalah kriteria yang paling penting untuk dipertimbangkan. Tetapi pernah tak anda terfikir tentang rumah yang diiktiraf oleh Indeks Bangunan Hijau (GBI)?

 

 

Indeks Bangunan Hijau:

 

  • GBI adalah kaedah penarafan industri Malaysia yang dibangunkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia.
 
  • GBI memberi panduan kepada pemaju hartanah dalam menggabungkan elemen mampan dalam semua aspek bangunan perumahan dan perdagangan.
 
  • GBI mempunyai 6 kriteria: Kecekapan penggunaan sumber tenaga, kualiti persekitaran dalaman, pengurusan dan perancangan tapak mampan, bahan-bahan dan sumber, kecekapan penggunaan air dan inovasi.
 
  • Kini sudah terdapat bangunan yang diiktiraf GBI dalam pasaran, setiap satu diiktiraf dengan dari tahap ‘hijau’ satu daripada empat: Diiktiraf, Perak, Emas dan Platinum.

 

Walaupun hartanah diiktiraf GBI, atau bangunan hijau, memberikan banyak manfaat, kami akan fokus tiga cara utama hartanah diiktiraf GBI memberikan nilai kepada anda sebagai pembeli hartanah.

Kecekapan penggunaan sumber tenaga

Reka bentuk bangunan diiktiraf GBI biasanya mengoptimumkan cahaya semula jadi sebanyak yang boleh. Bangunan ini dirancang untuk mengurangkan serapan haba dan meningkatkan kesan dingin disebabkan oleh cuaca tropikal.

 

Beberapa aspek reka bentuk tenaga yang cekap termasuklah penempatan tapak strategik, merangkumi kedapan udara, penempatan tingkap dan reka bentuk kalis haba berinovasi, dan pengudaraan yang ditambah baik. Beberapa pemaju hartanah juga menambah pemasangan bekalan tenaga boleh diperbaharui.

 

Semua ciri-ciri ini bermaksud berita gembira untuk dompet anda dari segi bil tenaga rendah. Kecekapan penggunaan sumber tenaga juga membantu merendahkan kos penyelenggaraan daripada pengurangan penggunaan tenaga untuk menjana kemudahan harian dan kemudahan perkongsian. Bangunan hijau menggabungkan penggunaan sumber air yang cekap yang sesuai untuk menjimatkan air dan mengesan kebocoran.

Lebih banyak persekitaran dalaman yang boleh didiami

Pemilihan rapi bahan-bahan pembinaan seperti sebatian organik meruap rendah dan komponen bukan formaldehid membantu hartanah diiktiraf GBI mempunyai pendedahan kimia lebih rendah berbanding hartanah bukan diiktiraf GBI.

 

Pencemaran kimia dan pengudaraan udara tidak baik adalah penyumbang kepada penyakit berkaitan dengan bangunan, yang boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan seperti sesak nafas, rasa tidak selesa, sakit kepala dan rasa mual.

 

Persekitaran dalaman yang lebih baik juga dicapai dengan mengawal suhu, aliran udara dan kelembapan. Beberapa bangunan menggabungkan konsep taman menegak yang jimat ruang untuk mengekalkan suhu dalaman sejuk dan membekalkan udara segar kepada penduduk. 

 

Bangunan diiktiraf GBI juga mengawal pencemaran udara dengan meletak pembahagi yang menapis bunyi. Semua konsep reka bentuk ini bersamaan dengan kediaman yang lebih sihat dan selesa bagi penghuni bangunan hijau.

Pilihan pembiayaan lebih rendah

Dalam usaha untuk menggalakkan populariti dan minat terhadap bangunan hijau, ada pihak bank yang memulakan inisiatif tersendiri dalam pembiayaan keutamaan untuk hartanah yang diiktiraf.

 

Salah satunya adalah CIMB, yang menawarkan kadar keutamaan untuk hartanah kediaman terlibat yang diiktiraf oleh GBI, GreenRe, LEED, atau BCA Green Mark. Pasti berbaloi untuk menyemak jika hartanah yang anda perhatikan termasuk dalam senarai ini, atau jika tidak, pertimbangkan salah satu pilihan hartanah hijau ini di mana anda layak untuk menikmati pembiayaan yang lebih rendah.

 

Bangunan bertanggungjawab terhadap 30% pepelasan gas rumah hijau tahunan global dan secara kasar sebanyak 40% penggunaan tenaga di dunia. Walaupun mungkin fakta ini tidak begitu membimbangkan anda, bangunan hijau menjimatkan tenaga dan air dan lebih mesra kepada kesejahteraan dan kesihatan manusia, yang bermaksud ia juga berpotensi untuk menjimatkan kos dan memberikan kehidupan yang lebih berkualiti.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.

 

 


#Pelaburan #Pembiayaan #Cagaran