Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Pasaran saham adalah tempat yang penuh dengan godaan. Benar, pulangannya mungkin tinggi, tetapi risikonya tidak konsisten dan ramai telah menjadi mangsa ketidaktentuan pasaran ini. Namun begitu, pelaburan saham boleh menjadi tambahan yang baik kepada portfolio pelaburan anda. 

 

Jom kita terokai apa yang perlu anda selidik sebelum membeli saham pertama anda. Ini akan membantu anda memahami risiko yang mungkin akan anda hadapi dan membuat keputusan tentang pelaburan yang berpotensi. 

Fahami jenis perniagaan/industri

Mengetahui latar belakang industri amat membantu anda dalam menanda aras prestasi sesuatu syarikat. Contohnya, anda berminat dalam sektor teknologi, perbankan atau lain-lain – apakah yang dikatakan oleh penganalisis dan pakar tentang prospek industri-industri ini?

 

Ketahuilah bahawa inovasi baharu atau peristiwa tidak dijangka juga boleh meningkatkan nilai saham secara ketara dengan hanya meningkatkan permintaan untuk produk/perkhidmatan tertentu. Sebagai contoh, elakkan industri "sunset" seperti industri petroleum dan perniagaan percetakan. Ini kerana banyak syarikat bahan api fosil semakin beralih ke arah tenaga yang boleh diperbaharui atau sustainable energy. 

Ukur potensi pertumbuhan syarikat

Jika sesebuah syarikat itu mempunyai teknologi yang boleh mengubah industri atau mungkin ia adalah satu-satunya pesaing di dalam sektor, ini boleh menjadi satu penunjuk positif tentang potensi syarikat tersebut. 

 

Terdapat dua metrik untuk mengukur potensi pertumbuhan syarikat itu seperti nisbah harga kepada pendapatan (P/E) dan pulangan atas ekuiti (ROE). Nisbah P/E ialah penunjuk sentimen pasaran terhadap syarikat - nisbah yang tinggi bermakna pertumbuhan pendapatan berterusan biasanya dijangkakan. Manakala, ROE mendedahkan keupayaan syarikat untuk menjana keuntungan untuk para pemegang sahamnya. Jika ROE semakin meningkat, maka nilai syarikat juga meningkat.

Menilai pengurusan syarikat

Kualiti pengurusan mencerminkan kebolehan sesebuah syarikat. Tempat yang terbaik untuk anda mula menilai ialah dengan meneliti laporan korporat syarikat tersebut. Ia memberi anda butiran penting tentang tadbir urus dan pendekatan pengurusan mengenai strategi perniagaan syarikat tersebut.

 

Tidak lupa juga untuk semak rekod prestasi kakitangan utama dalam pengurusan, seperti ketua pegawai. Pengurusan korporat yang baik mencerminkan kepimpinan kualitatif dan secara tidak langsung mencerminkan proses membuat keputusan dalam syarikat sama seperti prestasi kewangan.

Tingkatkan literasi kewangan anda

 

Memahami literasi kewangan adalah penting dalam membuat keputusan pelaburan anda. Maka biasakan diri anda dengan peraturan pelaburan seperti kepelbagaian, pemprofilan risiko, dan bukan sahaja saham dolar dan sen tetapi pilihan pelaburan yang lain juga. Terdapat banyak kebolehubahan walaupun dalam pasaran saham itu sendiri, dan banyak strategi berbeza yang boleh anda gunakan. Sebagai contoh, pelabur yang mempunyai matlamat jangka pendek mungkin menggunakan pendekatan pelaburan aktif, manakala pelabur jangka panjang mengambil pendekatan pasif untuk melabur.

Dapatkan khidmat nasihat berhemah

 

Menguruskan saham dan melakukan penyelidikan sendirian sudah tentu memakan masa tambahan. Salah satu pilihan lain ialah unit amanah, yang merupakan pelaburan termasuk saham yang dipilih dengan teliti untuk mempelbagaikan risiko yang merentas pelbagai kelas aset. Fakta menarik! Anda boleh mulakan pelaburan dana unit amanah CIMB dengan hanya serendah RM1,000 dan ianya diuruskan secara profesional oleh pengurus dana supaya matlamat pelaburan anda tercapai.

 

Maka, mari kita melabur sekarang dan mengembangkan kekayaan anda dengan hanya beberapa klik di atas talian sahaja, atau hubungi kami untuk membincangkan matlamat pelaburan anda dan kami sentiasa sedia membantu.

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.