Bolehkah saya menggunakan aplikasi mudah alih CIMB Clicks pada peranti mudah alih yang dipecah sekat atau 'rooted'?

Atas sebab keselamatan, aplikasi mudah alih CIMB Clicks tidak boleh diakses menggunakan peranti mudah alih dipecah sekat dan/atau 'rooted'. Ini adalah langkah keselamatan berjaga-jaga untuk melindungi akaun anda daripada sebarang kompromi keselamatan. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda untuk mengesahkan bahawa peranti anda tidak dipecah sekat atau tidak 'rooted' untuk menggunakan aplikasi mudah alih CIMB Clicks. Sebagai alternatif, anda boleh mengakses akaun anda secara online melalui laman web CIMB Clicks.