Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Apakah liabiliti saya sebagai pemegang kad CIMB Debit Mastercard?

Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi tanpa kebenaran yang memerlukan pengesahan PIN jika anda telah: 

 

  • bertindak melakukan penipuan;

  • lewat memaklum kami sebaik sahaja selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan CIMB Debit Mastercard tanpa kebenaran.

  • mendedahkan PIN anda kepada orang lain secara sukarela.

  • mencatatkan PIN anda pada CIMB Debit Mastercard; atau pada apa-apa yang disimpan di kawasan berdekatan dengan CIMB Debit Mastecard anda.
     


Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tanpa kebenaran dengan CIMB Debit Mastercard anda yang memerlukan pengesahan tandatangan atau penggunaan kad tanpa sentuh jika anda telah:

 

  • bertindak melakukan penipuan;

  • lewat memaklum kami sebaik sahaja selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan CIMB Debit Mastercard tanpa kebenaran.

  • meninggalkan CIMB Debit Mastercard anda atau apa sahaja barang yang mengandungi CIMB Debit Mastercard anda dalam keadaan tanpa pengawasan, di tempat-tempat yang boleh dilihat atau boleh diakses oleh orang lain.

  • membenarkan orang lain menggunakan CIMB Debit Mastercard anda secara sukarela.