Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Adakah CIMB Debit Mastercard boleh digunakan di luar negeri?

Ya. Walau bagaimanapun, sebelum menggunakan CIMB Debit Mastercard di luar negara untuk membeli-belah atau pengeluaran ATM, sila aktifkan fungsi penggunaan luar negara melalui ATM di mana-mana cawangan kami atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan.

 

Anda akan menggunakan PIN 6 digit yang sama untuk penggunaan luar negara anda. Bagi negara-negara yang belum berhijrah ke PIN masih memerlukan tandatangan anda sebagai pengesahan dengan menggunakan CIMB Debit Mastercard anda untuk pembayaran.

 

Walaupun PIN standard di Malaysia mempunyai 6 digit, standard di kebanyakan pasaran luar negara adalah PIN 4 digit. Jika anda berada di luar negara, anda mungkin akan menghadapi masalah untuk menggunakan CIMB Debit Mastercard anda di terminal luar negara jika terminal itu menghadkan kemasukan PIN kepada 4 digit. Jika anda menghadapi terminal yang menghadkan kemasukan PIN kepada 4 digit, maka anda mempunyai dua pilihan:

 

- minta Peruncit untuk pintasan PIN dan tandatangan; ATAU

- jika ini tidak mungkin, atau Peruncit enggan membenarkan tandatangan, maka anda mesti memilih kaedah pembayaran yang berbeza.