Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Program K.A.M.I., di bawah Program CIMB Islamic Safe Space

Kesedaran kesihatan mental dalam kalangan komuniti mudah terjejas adalah isu sosial yang penting, terutamanya ketika fasa pemulihan COVID-19. Dengan sokongan rakan program Thrive Well dan Teach for Malaysia, CIMB Islamic mendokong Program K.A.M.I. melalui Program CIMB Islamic Safe Space untuk menangani isu kesihatan mental dalam komuniti mudah terjejas dengan membentuk rangkaian sokongan rakan sebaya tempatan yang mampan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial dan emosi mereka.

 

Seramai 1,500 penduduk Taman Bukit Subang, Seksyen U16 telah mendapat manfaat daripada program ini.

 

 

Bantuan Banjir

Bersama rakan program Yayasan Belia Malaysia (YBM), CIMB Islamic telah menyumbangkan RM500,000 untuk memberikan bantuan kewangan kepada kira-kira 600 keluarga dan 1,000 kanak-kanak sekolah daripada segmen B40 yang telah terjejas dengan banjir di seluruh negara pada tahun 2023. Sehingga kini, CIMB Islamic telah menyumbangkan lebih daripada RM1 juta untuk bantuan banjir.

 

 

Harapan Ramadan

CIMB Islamic telah bekerjasama dengan dua rakan usaha sama utama, Islamic Relief Malaysia dan Yayasan Belia Malaysia serta rumah-rumah amal lain untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk bungkusan makanan dan baucar tunai kepada komuniti mudah terjejas di seluruh Malaysia, bagi meringankan beban mereka semasa Ramadan dan sambutan Hari Raya.

 

Pada tahun 2023, CIMB Islamic telah menyumbangkan RM1.6 juta untuk program Harapan Ramadan yang memanfaatkan kira-kira 28,000 penerima. 

Program Keusahawanan CIMB Islamic – Taylor’s

Dilancarkan pada tahun 2017, Program Keusahawanan CIMB Islamic – Taylor’s (PK) adalah sebuah program keusahawanan yang bermatlamat untuk memberikan bantuan kewangan dalam bentuk geran perniagaan dan latihan keusahawanan kepada usahawan mikro daripada komuniti B40 terpilih yang menghadapi kesulitan untuk memulakan perniagaan kecil mereka.

 

Bagi PK 2023, CIMB Islamic telah menyokong program ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM270,275. Sehingga kini, lebih daripada RM3 juta telah disumbangkan oleh CIMB Islamic, serta 500 individu daripada komuniti B40 telah mendapat manfaat daripada program ini.

 

 

iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur

Program iTEKAD Rider Entrepreneur CIMB Islamic dilancarkan pada tahun 2021 untuk memberikan penjanaan pendapatan yang mampan dan ketahanan kewangan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan semasa COVID-19 dengan menyediakan geran motosikal dan latihan keusahawanan. Program ini selaras dengan inisiatif penaung iTEKAD BNM untuk membantu golongan asnaf dan B40 menghasilkan pendapatan lestari melalui inisiatif kewangan sosial.

 

CIMB Islamic menyediakan dana permulaan sebanyak RM300,000 untuk kumpulan pertama program ini. Bagi kumpulan kedua, CIMB Islamic dan Yayasan Wakaf Malaysia bersama-sama menyalurkan sumbangan wakaf sebanyak RM300,000 untuk menjayakan program ini. Sehingga kini, lebih daripada 60 individu telah mendapat manfaat daripada program ini.

 

 

CIE IIUM - Program Keusahawanan CIMB Islamic (iTAAJIR)

iTAAJIR adalah sebuah program yang telah dilancarkan pada tahun 2018 untuk memberikan latihan keusahawanan dan bantuan kewangan kepada usahawan mikro daripada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. CIMB Islamic telah menyediakan dana sebanyak RM556,950 untuk iTAAJIR 1.0 dan RM400,000 untuk iTAAJIR 2.0. Sehingga kini, lebih daripada 90 individu telah mendapat manfaat daripada program ini.

 

 

Melon Manis Agropreneur

CIMB Islamic telah menandatangani perjanjian tiga hala dengan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk Program Graduan Agropreneur Melon Manis Terengganu (MMT). CIMB Islamic akan menyumbangkan RM350,000 untuk pembinaan dua buah rumah hijau bagi penghasilan buah rock melon. Program ini akan menyediakan latihan dan pembangunan menyeluruh kepada graduan universiti untuk membina kerjaya dan peluang berasaskan pertanian, sambil menyumbang kepada pembangunan pasaran Melon Manis Terengganu (MMT).

  • WWF Healthy Wetlands For People and Nature in Setiu Wetlands
  • WWF Fraser's Hill
  • Taman Tugu Forest Conservation Programme
  • WWF SRI Ba’Kelalan
  • Forever Sabah - Babagon Sabah Water Catchment
  • The Habitat Penang
  • FTS NEP Taman Tugu
  • GEC River Restoration
  • WWF Ulu Muda
  • Sepakat MyGuru Programme
  • MyPAC
  • Al-Quran Braille
  • Tablet & Bicycle Contribution