Pengeluaran dengan minimum RM1,000 dibenarkan dan dalam gandaan RM1,000 daripada nombor akaun yang sama. Sah untuk akaun FD-i baharu atau diperbaharui bermula daripada 18 Januari 2015.
Penarikan balik/Pengeluaran sebelum tempoh matang dibenarkan melalui rebat atau klausa Ibra’ di mana pelanggan setuju untuk memberi rebat sekiranya ada permintaan awal untuk Harga Jualan Murabahah. Jumlah penarikan balik/pengeluaran adalah bergantung kepada:
- Untuk penempatan/pembaharuan FD-i bermula daripada 1 November 2018:
Tiada keuntungan akan dibayar untuk jumlah pengeluaran.
- Untuk penempatan/pembaharuan FD-i sebelum 1 November 2018:
i. FD-i untuk tempoh 1 hingga 3 bulan
Tiada keuntungan akan dibayar untuk pengeluaran jumlah separa atau penuh* sebelum lengkapnya tempoh.
ii. FD-i untuk tempoh 4 bulan ke atas
Sebelum lengkap 3 bulan
Tiada keuntungan akan dibayar untuk pengeluaran jumlah separa atau penuh*.
Selepas lengkap 3 bulan
Untuk pengeluaran jumlah separa atau penuh*, separuh keuntungan daripada kadar yang dikontrakkan untuk setiap bulan yang lengkap akan dibayar.
Keuntungan dibayar secara bulanan. Pembayaran keuntungan bulanan akan dibuat secara terus ke dalam akaun Islamik atau konvensional yang bersekutu.
*Keuntungan daripada kadar yang dikontrakkan akan dibayar untuk jumlah tidak dikeluarkan.
3. Pengeluaran separa tidak boleh dibuat melalui CIMB Clicks
buat masa ini.