Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Saya Bukan Pemastautin dan saya perlu mengemas kini status saya di bawah Kumpulan Dikecualikan dengan Bank, bagaimanakah saya boleh melakukan ini?

Jika anda seorang Bukan Pemastautin yang layak untuk Kumpulan Dikecualikan (Non-Resident Excempted Group) tetapi masih belum mengemas kini status anda dengan Bank iaitu Visa Bekerja anda telah diperbaharui atau anda telah menyertai program MM2H baru-baru ini; sila lawati mana-mana cawangan CIMB dengan dokumen sokongan yang sesuai (seperti permit kerja anda yang diperbaharui atau surat MM2H) untuk kami mengemas kini butiran anda dalam sistem kami.

 

Setelah selesai proses ini, akaun anda akan berada di bawah Kumpulan Dikecualikan pada hari berikutnya, dan anda akan dikecualikan daripada had RM10,000 setiap transaksi.

 

Walau bagaimanapun, jika anda ingin melakukan sebarang transaksi melebihi RM10,000 pada hari yang sama, sebelum status anda dikemaskini di dalam sistem di bawah Kumpulan Dikecualikan, anda perlu hadir ke cawangan CIMB dan mengisytiharkan tujuan transaksi berserta dengan dokumen sokongan sebagai bukti. Sila rujuk di sini untuk tujuan yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan.