Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Apakah had transaksi untuk Bukan Pemastautin di bawah Kumpulan Tidak Dikecualikan?

Individu Bukan Pemastautin di bawah Kumpulan Tidak Dikecualikan (Non-Resident Non-Exempted Group) hanya dibenarkan melakukan Pindahan Dana sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi. Untuk transaksi melebihi RM10,000, individu Bukan Pemastautin perlu melawat cawangan CIMB untuk mengemukakan dokumen sokongan dan sebagai bukti tujuan transaksi.

 

Had transaksi sebanyak RM10,000 ini digunapakai untuk Bukan Pemastautin di bawah Kumpulan Tidak Dikecualikan sahaja. Bagi Bukan Pemastautin di bawah Kumpulan Dikecualikan (Non-Resident Exempted Group), tiada had urus niaga dan pelanggan boleh melakukan transaksi melebihi RM10,000 setiap transaksi.

 

Sila rujuk jadual di bawah untuk senarai tujuan transaksi yang diluluskan dan contoh dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti tujuan: 

No

Tujuan

Contoh dokumen untuk menyokong transaksi

1.

Antara keluarga terdekat (ibu, bapa, pasangan, anak dan adik beradik sahaja)

Sijil nikah, sijil kelahiran, kad pengenalan, pasport

2.

Pekerjaan di luar negara

Surat tawaran majikan, surat majikan pengesahan identity pekerja dan status pekerjaan, permit kerja, slip gaji

3.

Bayaran balik pinjaman

Surat tawaran atau perjanjian pinjaman, jadual pembayaran balik pinjaman, nota janji hutang

4.

Barangan dan perkhidmatan

Invois, bil muatan, pesanan pembelian, pesanan penghantaran, kontrak bekalan, perjanjian perkhidmatan / penyewaan / sewa, nasihat pembayaran

5.

Aset Ringgit, termasuk sebarang pendapatan dan keuntungan yang perlu dibayar

Perjanjian jual beli, resit pembelian atau penjualan, perjanjian penyewaan / sewa, notis pembayaran dividen

6.

Pembayaran sebarang instrumen keselamatan atau kewangan (konvensional dan Islam), pembayaran transaksi murabahah komoditi melalui pembekal perkhidmatan perdagangan komoditi pemastautin, pembayaran derivatif dengan broker niaga hadapan pemastautin

Surat pembukaan akaun, nota kontrak dengan tarikh akhir, invois broker pemastautin kepada pembeli / pelanggan