1 Jumlah amaun agregat maksimum untuk manfaat TPD yang dibayar kepada TPD bagi orang yang dilindungi di bawah kontrak ini dan semua kontrak atau sijil individu dan berkelompok lain tidak boleh melebihi RM2,000,000.
2 Perlindungan TPD akan tamat pada ulang tahun bulanan kontrak sejurus selepas orang yang dilindungi mencapai umur 65 tahun.
3 Sumbangan tunggal yang diselaraskan merujuk kepada jumlah sumbangan selepas penolakan amaun pengeluaran separa daripada jumlah sumbangan tunggal asal di bawah pelan ini.
4 Anda boleh membuat sebarang sumbangan penambahan ad hoc pada bila-bila masa selepas permulaan kontrak dengan amaun minimum sebanyak RM500.
5 Anda boleh mengeluarkan wang melalui kemudahan pengeluaran separa, amaun pengeluaran minimum adalah sebanyak RM500 dan tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM5,000 daripada nilai dana.