Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Pelan sumbangan tunggal yang menawarkan pelan dua dalam satu - pelaburan dan perlindungan takaful.

Manfaat & Keistimewaan

  • Pendaftaran Mudah

    Pelan ini menawarkan jaminan penerimaan untuk semua pemohon atas sumbangan tunggal sehingga RM350,000 dalam basis setiap hayat tanpa memerlukan pengunderaitan perubatan.

     

    Pengunderaitan yang telah dipermudahkan adalah diperlukan sekiranya jumlah sumbangan tunggal melebihi RM350,000 ketika pendaftaran.

  • Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)

    Terima yang mana lebih tinggi:

    • Jumlah asas yang dilindungi dan pendorong jumlah yang dilindungi, tambah 95% daripada sumbangan penambahan (jika ada), tolak 100% pengeluaran (jika ada); atau
    • Nilai akaun pelaburan pada masa tuntutan; tolak sebarang keterhutangan.
  • Manfaat Kematangan

    Apabila matang pada umur 99 tahun, anda akan menerima 100% daripada nilai akaun pelaburan, tolak sebarang keterhutangan pada tarikh matang kontrak ini. 

  • Portfolio Pelaburan yang Pelbagai

    Mempelbagaikan portfolio kewangan anda dengan melabur dalam pelbagai dana-dana berkaitan-pelaburan tempatan atau luar negara untuk menikmati potensi pulangan pelaburan.

     

    Memaksimumkan nilai pelaburan anda dengan peruntukan sumbangan yang tinggi sehingga 95% daripada sumbangan tunggal asal.

  • Pelan Dua dalam Satu - Pelaburan dan Perlindungan Takaful

    SunInvest-i adalah pelan takaful berkaitan-pelaburan sumbangan tunggal berkaitan pelaburan yang menawarkan gabungan perlindungan takaful dan pelaburan kepada orang yang dilindungi sehingga umur 99 tahun¹.

     

    Pelan ini akan bayar manfaat yang sekaligus sekirannya orang yang dilindungi berlaku kematian atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD2) dalam tempoh kontrak. Semasa kontrak ini masih berkuatkuasa, 100% nilai akaun pelaburan akan dibayar apabila pelan ini matang pada umur 99 bagi orang yang dilindungi.

     

    Maklumat Lanjut 1, 2

  • Pendorong Jumlah Perlindungan

    Pendorong jumlah yang dilindungi akan meningkatkan jumlah perlindungan amaun anda sebanyak 10% pada akhir setiap 5 tahun kontrak sehingga 50% daripada sumbangan tunggal yang diselaraskan3 yang telah dicapai.

     

    Manfaat pendorong jumlah yang dilindungi akan ditamatkan apabila jumlah pengeluaran amaun adalah bersamaan atau melebihi daripada jumlah sumbangan tunggal asal atau apabila tuntutan manfaat kematian atau TPD dilakukan.

     

    Maklumat Lanjut 3

  • Meningkatkan Nilai Pelaburan Anda

    Fleksibiliti untuk menambah pelaburan apabila anda mempunyai wang tambahan dengan membuat sumbangan ad hoc⁴ dan membuat pengeluaran wang apabila anda memerlukannya.

     

    Anda boleh menukar dana-dana pelaburan anda pada bila-bila masa mengikut tahap toleransi risiko anda tanpa dikenakan caj tambahan.

     

    Maklumat Lanjut 4, 5

Kelayakan & Syarat

(Ini adalah produk takaful)

  • Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari jadi terakhir.
  • Untuk pemegang kontrak, umur kemasukan minimum ialah 18 tahun.

Untuk orang yang dilindungi, had kemasukan adalah:

  Orang yang Dilindungi
Umur Kemasukan Minimum 30 hari
Umur Kemasukan Minimum 70* tahun

*Umur kemasukan maksimum untuk perlindungan TPD ialah 64 tahun.

Muat Turun Utama

Nota Penting

Produk ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad, [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)]("Sun Life Malaysia"), Operator Takaful yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

 

Sun Life Malaysia Takaful Berhad adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Perlindungan PIDM untuk manfaat yang dibayar daripada bahagian unit sijil/polisi/kontrak ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

 

Penafian:
Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk takaful di dalam ini bukanlah satu kontrak takaful dan hanyalah ringkasan produk takaful bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk takaful ini terdapat dalam Kontrak Dokumen Sun Life Malaysia Takaful Berhad [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)], Operator Takaful.

CIMB Islamic Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Operator Takaful.

Pihak bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk takaful ini.

Produk takaful ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk takaful ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan Operator Takaful perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti takaful untuk produk takaful ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.