Pengeluaran adalah dibenarkan dengan minimum pengeluaran RM5,000 dan dalam gandaan RM1,000 (Tertakhluk kepada minimum baki akaun sebanyak RM30,000 atau FD perlulah diserahkan semula dan akaun ditutup).
Penunaian/Pengeluaran sebelum tarikh matang adalah dibenarkan tetapi pembayaran faedah akan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Penempatan/pembaharuan FD mulai 1 November 2018:
Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian* sebelum tamatnya tempoh deposit.
Penempatan/pembaharuan FD sebelum 1 November 2018:
i. FD untuk tempoh 1 hingga 3 bulan
Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian* sebelum tamatnya tempoh deposit.
ii. FD untuk tempoh 4 bulan dan ke atas
Sebelum mencapai tempoh 3 bulan
Tiada faedah akan dibayar untuk jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian*.
Selepas mencapai tempoh 3 bulan
Faedah yang akan dibayar adalah separuh daripada kadar yang dipersetujui untuk bulan-bulan yang telah dilengkapi bagi jumlah pengeluaran penuh atau sebahagian*
*Untuk pengeluaran sebahagian, faedah daripada kadar yang dipersetujui akan dibayar untuk jumlah tidak dikeluarkan.