Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Pelan takaful keluarga tempoh berkelompok pembaharuan bulanan dengan perkongsian berlebihan yang menawarkan bayaran sekali gus manfaat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) akibat segala sebab. Ia akan ditawarkan berasaskan Pay-as-you-go (PAYG).

 

Nota: Klik "Daftar Sekarang" akan membawa anda ke laman web Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Selepas itu, Polisi Privasi Kumpulan CIMB akan dihentikan.

Manfaat & Keistimewaan

  • Pendaftaran Mudah

    Maklumat minimum diperlukan. Hanya perlu menjawab satu soalan pengunderaitan!

  • Tanpa Pengecualian dan Tempoh Menunggu

    Produk ini tidak memiliki pengecualian dan tempoh menunggu bermakna anda boleh mendapatkan perlindungan yang lengkap.

  • Nikmati Perlindungan Hanya dengan RM15 Sebulan

    Jumlah sumbangan bulanan sebanyak RM15 akan kekal setara sepanjang tempoh sijil takaful.

     

    Maklumat Lanjut

  • Pilihan "Pay-As-You-Go" (PAYG)

    Pilih untuk dilindungi sebagaimana dan pada bila-bila masa yang anda mahukan, dan bayar amaun sumbangan hanya bila anda ingin dilindungi.

     

    Maklumat Lanjut

  • Manfaat Kematian dan Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
    • Apabila berlaku kematian ke atas orang yang dilindungi, bayaran sekali gus manfaat kematian berjumlah RM60,000, ditolak sebarang keterhutangan, akan dibayar.
    • Apabila berlaku TPD ke atas orang yang dilindungi, bayaran sekali gus manfaat TPD berjumlah RM60,000, ditolak sebarang keterhutangan, akan dibayar.
    • Jumlah agregat maksimum manfaat TPD yang dibayar ke atas orang yang dilindungi di bawah sijil ini dan semua kontrak atau sijil individu dan berkelompok lain yang dikeluarkan oleh Sun Life Malaysia tidak melebihi RM2,000,000.

Kelayakan & Syarat

(Ini adalah produk takaful)

Umur kemasukan: Berdasarkan umur pada hari lahir terakhir.

Had umur kemasukan

Umur Kemasukan Minimum

(tahun)

Umur Kemasukan Maksimum
(tahun)
Umur Luput Kemasukan 
(tahun)
Orang yang dilindungi 18 49 50

Nota: Pemegang kontrak dan orang yang dilindungi haruslah individu yang sama.

Nota Penting

Produk ini diuruskan oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad, [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)]("Sun Life Malaysia"), Operator Takaful yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

 

Sun Life Malaysia Takaful Berhad adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/kontrak yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

 

Penafian:
Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk takaful di dalam ini bukanlah satu kontrak takaful dan hanyalah ringkasan produk takaful bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk takaful ini terdapat dalam Kontrak Dokumen Sun Life Malaysia Takaful Berhad [No. Pendaftaran 200501012215 (689263-M)], Operator Takaful.

CIMB Islamic Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan- perkhidmatan yang disediakan oleh Operator Takaful.

Pihak bank hanya berfungsi sebagai pengedar untuk produk takaful ini.

Produk takaful ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk takaful ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan Operator Takaful perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti takaful untuk produk takaful ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.