Jika pemilik sijil tidak membayar sumbangan sebelum tarikh perlindungan bermula berikutnya, tiada perlindungan takaful akan diberikan dan tiada pampasan akan dibayar di dalam bulan seterusnya sekiranya berlaku kematian atau TPD.. Untuk mengaktifkan semula perlindungan takaful, maksimum sehingga 6 bulan diberikan dari tarikh perlindungan tamat seperti yang ditunjukkan dalam e-sijil terkini. Sijil akan luput serta-merta selepas 6 bulan berturut-turut tanpa pembayaran sumbangan dan pemilik sijil diperlukan untuk menghantar semula permohonan baru.