Cari
Back
Pembiayaan  
 
Pinjaman Peribadi Cash Plus
Kadar rendah dari 4.38% setahun dengan kelulusan pinjaman segera bersama Pinjaman Peribadi Cash Plus! Mohon sehingga RM100,000 & bayar dalam tempoh 5 tahun.
Kiriman Wang  
Pertukaran Mata Wang Asing  
CIMB@Work  
Lebih Perkhidmatan  
Perkhidmatan Perbankan Islamik  
Pengurusan Harta Islamik  
Promosi Terkini  
CIMB Deals  
Aplikasi CIMB OCTO  
CIMB Clicks  
DuitNow QR  
Diperibadikan Untuk Anda  
Pusat Bantuan Pelanggan  
Cari Kami  
Extra Care daripada CIMB  
You're viewing:
Perbankan Peribadi
Other Sites
Perbankan Seharian Anda
Akaun
Kad
Pembiayaan
Lebih Perkhidmatan
Pengurusan Kekayaan
Investments
Insurans/Takaful
Bantuan & Sokongan
Kadar & Caj
Kalkulator
Keselamatan & Penipuan
logo
MY - BM

Manfaat & Keistimewaan

  • Jaminan Penerimaan

    Pendaftaran mudah untuk semua pemohon tanpa memerlukan pengunderaitan dan pemeriksaan kesihatan1.

     

    Maklumat Lanjut 1

  • Pilihan Tempoh Pembayaran Premium dan Tempoh Polisi
    • Fleksibiliti untuk memilih tempoh pembayaran premium dan tempoh polisi yang paling sesuai dengan keperluan kewangan anda.
    • Pilihan pelan:
      5 Pay 15 Term (5P15) atau 8 Pay 20 Term (8P20).
  • Tingkatkan Perlindungan Anda dengan Rider Pilihan

    Anda boleh meningkatkan perlindungan2 anda atas kematian dan TPD sehingga RM300,000 dengan melampirkan Term Life Rider.

     

    Maklumat Lanjut 2

  • Perlindungan Insurans²

    Sekiranya berlaku kematian/TPD3, anda atau orang yang tersayang anda akan menerima, jumlah tertinggi di antara mana-mana yang berikut:

    • 100% jumlah premium asas4 yang telah dibayar (termasuk premium penambahan); atau
    • 105% daripada nilai akaun universal,

     

    DITAMBAH dengan nilai akaun pengumpulan (jika ada), ditolak sebarang keterhutangan.

     

    Maklumat Lanjut  2, 3, 4

  • Manfaat Hidup Terjamin (GSB)

    Nikmati manfaat hidup terjamin setiap tahun dengan jumlah sehingga 270%5 daripada premium tahunan asas, bermula dari akhir tahun polisi pertama hingga polisi matang.

     

    Maklumat Lanjut 5

  • Manfaat Matang Terjamin

    Apabila polisi matang, anda akan menerima jumlah tertinggi di antara mana-mana yang berikut:

    • nilai akaun universal; atau
    • sehingga 580%5 daripada premium tahunan asas,

     

    DITAMBAH dengan nilai akaun pengumpulan (jika ada), menolak sebarang keberhutangan

     

    Maklumat Lanjut 5

  • Jaminan Tiada Luput Bersyarat

    Polisi anda tidak akan luput sekiranya nilai akaun universal kurang daripada sifar, dengan syarat semua premium yang patut dibayar di bawah polisi dibayar dalam tempoh tenggang6.

     

    Maklumat Lanjut 6

Kelayakan & Syarat

(Ini adalah produk insurans)

Umur kemasukan: Berdasarkan umur anda pada hari jadi terakhir.

Umur kemasukan untuk orang yang diinsuranskan:

Umur Kemasukan 5 Pay 15 Term* 8 Pay 20 Term**
Minimum 30 hari 30 hari
Maksimum 70 tahun 65 tahun

Nota: Untuk pemilik polisi, minimum umur kemasukan adalah 18 tahun.
 

*5 tahun tempoh pembayaran premium dan 15 tahun tempoh perlindungan polisi.

**8 tahun tempoh pembayaran premium dan 20 tahun tempoh perlindungan polisi.

Muat Turun Utama

Nota Penting

Produk ini diunderait oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad, [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)]("Sun Life Malaysia"), syarikat insurans yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

 

Sun Life Malaysia Assurance Berhad adalah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil/polisi/kontrak yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Sun Life Malaysia Assurance Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

 

Penafian:
Penerangan ciri-ciri dan manfaat-manfaat produk insurans di dalam ini bukanlah satu kontrak insurans dan hanyalah ringkasan produk insurans bagi tujuan rujukan yang mudah dan cepat. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap untuk produk insurans ini terdapat dalam Polisi Dokumen Sun Life Malaysia Assurance Berhad [No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U)], Syarikat Insurans.

CIMB Bank Berhad ("Bank") tidak menanggung tanggungjawab, kewajipan atau liabiliti produk insurans ini dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Insurans.

Pihak bank hanya bertindak sebagai pengedar untuk produk insurans ini.

Produk insurans ini dimiliki oleh Sun Life Malaysia dan bukan produk kepunyaan Bank. Oleh itu, produk insurans ini adalah tidak dijamin oleh Bank, subsidiarinya dan/atau ahli gabungannya dan  Syarikat Insurans perlu menanggung sepenuhya tanggungjawab, kewajipan dan liabiliti insurans untuk produk insurans ini.

 

Tertakluk pada Terma dan Syarat.