6Anda akan diberikan tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh akhir pembayaran premium yang berikut. Jika premium tidak dibayar dalam tempoh tenggang 30 hari dan jika polisi telah memperolehi nilai tunai yang mencukupi, polisi akan terus berkuatkuasa di bawah peruntukan pinjaman premium automatik. Perlindungan akan kekal berkuatkuasa sehingga nilai tunai tidak mencukupi untuk membayar premium yang tertunggak. Polisi anda akan luput selepasnya.