Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

 

Anda pernah dengar terma debt consolidation, tetapi kurang arif tentang kaedah ini? Kami sedia membantu! Penyatuan hutang, atau debt consolidation, merupakan pembiayaan peribadi yang membantu anda untuk menggabungkan kesemua hutang anda yang sedia ada.

 

Melalui penyatuan hutang, anda boleh mengurangkan kerumitan membayar pelbagai komitmen ansuran bulanan. Cara ini juga boleh menolong anda untuk menyelesaikan hutang sedia ada dengan lebih cepat dan senang.

 

Tetapi, jangan pula anda terburu-buru untuk mohon penyatuan hutang. Baca dulu artikel ini dan ambil tahu tentang kebaikan serta keburukan pembiayaan ini sebelum meneruskan hajat anda. 

Faktor yang Perlu Dipertimbangkan

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan penyatuan hutang, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara penting.

 

Semak Jumlah Baki Pembiayaan

Perkara pertama yang patut anda lakukan adalah semak baki pinjaman yang perlu anda jelaskan. Nilai status kewangan anda dengan teliti dan kaji aliran keluar masuk wang anda.

 

Kadang-kala, apa yang anda perlu lakukan bukanlah penyatuan hutang, tetapi hanya perbaiki cara pengendalian kewangan sahaja. Oleh itu, lakukan penilaian yang teliti dan menyeluruh untuk memastikan penyatuan hutang benar-benar tindakan terbaik yang boleh anda ambil.

 

Ketahui Kadar Pembiayaan

Semak dan pastikan bahawa pembiayaan peribadi untuk penyatuan hutang pilihan anda menawarkan kadar yang lebih rendah berbanding kadar purata pinjaman yang anda ada sekarang. Jika tidak, mungkin kaedah ini tidak sesuai untuk situasi anda.

 

Ketahui Fi Pembiayaan dan Ansuran Bulanan

Akhir sekali, anda perlu kenal pasti fi pemprosesan, fi perkhidmatan dan lain-lain. Ansuran bulanan baharu juga seeloknya haruslah lebih rendah daripada komitment bulanan anda sekarang.

 

Apabila memilih pembiayaan, pastikan tempoh pembayaranadalah selari dengan kemampuan kewangan anda.

Kebaikan Penyatuan Hutang

 

  • Satu Saluran Pembayaran

 

Kelebihan utama penyatuan hutang adalah anda tidak perlu lagi mengawasi dan membayar hutang-hutang anda di beberapa bank berbeza. Kini, anda hanya perlu fokus kepada satu akaun hutang sahaja. Memang mudah! Dengan penyatuan hutang, tidak mungkin anda akan terlepas tarikh pembayaran lagi.

 

  • Jimat Kadar Pembiayaan

 

Jika anda sedang membayar pelbagai jenis pembiayaan dengan pelbagai kadar berlainan (contohnya: pinjaman peribadi dan beberapa kad kredit), penyatuan hutang boleh menolong untuk menjimatkan jumlah keseluruhan kadar pembiayaan anda. Ini kerana anda hanya perlu melunaskan satu akaun hutang dan satu kadar pembiayaan sahaja.

 

  • Pengurangan Komitmen Bulanan

 

Bagi seseorang yang mempunyai pelbagai komitment ansuran bulanan, menggabungkan kesemua pembiayaan kepada satu boleh membantu mengurangkan ansuran bulanan yang perlu dibayar. Ini sedikit sebanyak boleh memudahkan jalan untuk hidup bebas hutang di masa depan. 

Keburukan Penyatuan Hutang

  • Tidak Menyelesaikan Hutang Secara Automatik

 

Penyatuan hutang tidak menghapuskan hutang, sebaliknya ia mengumpul hutang-hutang tersebut menjadi satu pembiayaan peribadi yang baharu. Ini bermaksud anda masih perlu membuat pembayaran balik setiap bulan secara beransuran. 

 

  • Tempoh Bayaran Baru

 

Sekiranya anda ingin menyatukan hutang anda, ini perkara penting yang anda mesti tahu. Garis masa bayaran anda akan bermula semula dari hari pertama sehingga tamat tempoh penyelesaian hutang.

 

  • Ada Kemungkinan Permohonan Ditolak


Ada kalanya, permohonan penyatuan hutang anda mungkin ditolak. Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, terutamanya skor kredit yang tidak memuaskan. Oleh itu, penting untuk anda semak dan nilai sejarah kredit anda melalui laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System).

Kami harap artikel ini dapat membantu anda memahami tentang penyatuan hutang atau debt consolidation di Malaysia! Ingin tips-tips kewangan lain? Layari laman web kami di sini. 

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh CIMB sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan penting dalam membuat keputusan kewangan yang bermatlamat yang boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Ini bermakna, CIMB dapat mencapai tujuan untuk menambah baik kualiti hidup rakyat dan masyarakat.