Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Pergerakan sifar sisa ialah gaya hidup mesra alam yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan oleh individu setiap hari, dan seterusnya meminimumkan jejak karbon kita.

 

Ingin memulakan perjalanan sifar sisa anda sendiri? Berikut ialah panduan ringkas untuk anda!

Elakkan "Fast Fashion"

 

Industri “fast-fashion” merujuk kepada pengeluaran pakaian secara besar-besaran – dan ia selalunya diperbuat daripada fabrik dan bahan yang murah dan berkualiti rendah yang selalunya tidak tahan lama. Tidak dinafikan, "fast fashion" lebih menarik kerana ianya lebih trendi, maka menepati citarasa semasa.

 

Antara cara yang kita boleh mengelak daripada menjadi sebahagian daripada budaya “fast fashion”:

 

 

  • Beli-belah untuk jenama fesyen yang beretika dan ikuti trend fesyen yang mampan
  • Beli pakaian berkualiti baik yang tahan lebih lama supaya keperluan untuk pakaian baru lebih berkurangan
  • Anda boleh menderma atau menjual pakaian yang tidak lagi sesuai – jangan sekali-kali membuangnya ke dalam tong sampah!
  • Sewa pakaian yang anda akan gunakan sekali sahaja untuk majlis khas
  • Kitar semula pakaian lama

Kurangkan Pengunaan Plastik Di Dalam Dapur Anda

Tidak dinafikan, di dapur kita banyak mengunakan penggunaan plastik paling banyak adalah datang daripada dapur kita sendiri daripada bekas perkakasan sehingga beg sampah. Jom kita kurangkan penggunaan plastik di dapur supaya  jejak karbon anda di kadar yang minimum.

 

Beberapa cara untuk mengurangkan penggunaan plastik di dapur ialah:

 

  • Gunakan beg mesh – untuk bawang, kentang, bawang putih, dll
  • Beli barangan runcit secara tempatan dan pukal, bawa beg kain untuk menyimpan pembelian anda
  • Elakkan pengunaan beg peti sejuk
  • Elakkan pengunaan beg plastik sekali guna
  • Kitar semula dan guna semula peralatan dapur
  • Mula mengompos sisa organik anda sama ada sendiri atau melalui organisasi yang menawarkan perkhidmatan tersebut

Pilih Untuk Cekap Tenaga

Tenaga pintar ialah proses menggunakan peranti cekap tenaga.

 

Berikut adalah cara untuk menjadi pintar tenaga:

 

  • Kurangkan suhu pemanas air anda dan naikkan suhu penghawa dingin anda.
  • Matikan lampu semasa anda keluar dari bilik.
  • Cuba kurangkan penggunaan peralatan elektrik dengan menunggu beban penuh sebelum memulakan mesin basuh pinggan mangkuk, mesin basuh, dsb.
  • Tukar kepada lampu LED.
  • Beli peralatan cekap tenaga dengan 5 atau 6 penarafan bintang tenaga.

Kurangkan Pengunaan Plastik Pakai Buang

 

Dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, anda boleh mengurangkan pencemaran, menjimatkan tenaga, dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dimana semua ini menyumbang kepada perubahan cuaca.

 

Beberapa cara berkesan untuk mengurangkan plastik pakai buang ialah:

 

  • Elakkan minum dari cawan plastik dan pengunaan penyedut minuman pakai buang
  • Membawa beg kain semasa membeli barangan runcit
  • Beli sayur-sayuran dan hasil secara pukal, dan kurangkan produk makanan yang dibungkus
  • Gantikan plastik di dapur anda dengan pinggan mangkuk dan kutleri boleh guna semula
  • Asingkan sisa plastik anda di dalam tong kitar semula
  • Pilih untuk kehidupan mesra alam, mengitar semula dan sentiasa menggunakan semula pembungkusan anda sentiasa

 

Ini adalah beberapa langkah yang sangat mudah untuk memulakan gaya hidup sifar sisa anda. CIMB menjadi tuan rumah kepada The Cooler Earth Sustainability Summit setiap tahun di mana kami mengumpulkan warga global, pakar dan pemegang utama untuk membincangkan perkara yang boleh anda lakukan hari ini sebagai individu dan sebagai perniagaan untuk membentuk hari esok yang lebih mampan. Anggap ini sebagai langkah kecil untuk membina sumbangan anda untuk hari esok.

 

Berminat untuk meningkatkan literasi kewangan anda? Lihat lebih banyak artikel informatif yang sarat dengan tips pengurusan kewangan di sini!

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.


#Simpanan