Anda Berada Di

  • Matlamat Hidup
  • Perbankan Seharian Anda
  • Tawaran & Promosi
  • Perkhidmatan Digital
  • Bantuan & Sokongan
  • Pautan Segera

Apa Itu Perbelanjaan Berfoya-foya?

 

Kebanyakan daripada kita mengalami kesan selepas percutian, dan tidak, ia bukan yang anda fikirkan sekarang. "Percutian berfoya-foya" adalah hasil daripada berbelanja secara berlebihan dan memandang rendah akan perbelajaan kos percutian anda.

 

Jadi bagaimana anda boleh mengatasi perkara ini? Adakah terdapat penawar untuk perkara ini? Jawapannya, tentu sekali ada! Mari kita selami akan langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasi perbelanjaan percutian anda.

Menilai Semula Kerosakan

 

Kadangkala, perkara yang paling bagus sekali yang anda boleh lakukan, ialah dengan meneliti balik perjalanan anda daripada mula sehingga anda menemui punca masalah.

 

Sangat mudah untuk mengatakan “saya yang tidak menjaga badjet" tetapi isu itu menjangkau sedikit lebih mendalam daripada itu, mungkin ia adalah isu yang berulang, yang perlu anda kaji sampai anda menjumpai punca masalah tersebut.

 

Sebaik sahaja anda mencapai isu teras, anda boleh mula merangka rancangan untuk memastikan ia tidak berulang lagi.

 

Pilih Untuk Pembayaran Tanpa Tunai

 

Kemunculan kaedah pembayaran tanpa tunai telah mencipta alat baharu untuk digunakan oleh pengguna sebagai cara membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan. Kaedah pembayaran tanpa tunai adalah untuk sebahagian besar perkara yang baik. Kebolehcapaian dan kemudahan penggunaannya tidak dapat dinafikan merupakan kaedah pembayaran yang unggul berbanding wang kertas fizikal yang kini sudah lapuk.

 

Walau bagaimanapun, kebolehaksesan ini juga menyumbang kepada perbelanjaan berlebihan. Berapa kerapkah kita mengeluarkan telefon atau kad debit/kredit kita untuk membayar sesuatu tanpa melihat baki bank kita?

 

Tetapi, ini bukan menghalang anda untuk memanfaatkan teknologi tersebut dalam kehidupan seharian anda, namun, anda perlu berhati-hati apabila membeli barangan dan perkhidmatan melalui pembayaran tanpa tunai, dan mengambil kira jumlah yang anda belanjakan berbanding jumlah yang anda sepatutnya belanja di tempat pertama.

Buat Senarai Perbelanjaan & Ikut

Menjadi spontan dalam berbelanja tidak salah, kadangkala pelan yang spontan juga boleh memberi kepuasan. Tetapi, ia juga boleh menyebabkan anda berbelanja lebih sedikit daripada yang sepatutnya. Maka, amat digalakkan untuk anda membuat senarai keperluan dan kehendak.

 

Ini boleh berfungsi sama ada melalui senarai fizikal atau digital. Tulis senarai barangan runcit atau beli-belah sebelum anda ke pusat membeli-belah atau kedai supaya dapat mempersiapkan diri anda daripada godaan berbeblanja boros.

 

Walau bagaimanapun, adalah penting juga untuk memahami bahawa mengehadkan diri anda dengan terlalu tegas juga boleh menjadi pencetus untuk anda berbelanja secara berfoya-foya, mewujudkan keinginan terpendam untuk memanjakan diri yang berpotensi boleh terlepas yang akhirnya akan menunjukkan dirinya sebagai berbelanja berlebihan.

 

Tetapi ingat, membuat penyimpanan tidak seharusnya membebankan anda, malahan ia adalah proses yang berterusan. Tidak lupa juga untuk memberi ganjaran kepada diri anda dari semasa ke semasa.

Bayar Untuk Anda Dahulu 

 

Godaan membuak bila tiba sahaja anda menerima gaji, tanpa pelan kewangan yang betul anda mungkin tidak akan dapat melalui bulan itu dengan mudah. Apa yang perlu dibayar kepada diri sendiri ialah peruntukan sebahagian daripada gaji anda yang tidak boleh disentuh.

 

Katakan gaji anda kira-kira RM2,500 sebulan, ketepikan sebahagian daripada gaji anda yang anda yakin adalah amaun yang sesuai, dengan mengambil kira perbelanjaan bulanan anda, pinjaman kereta, peruntukan dll. Tentukan jumlah yang selesa untuk diketepikan tanpa mengawal diri untuk tidak menyentuhnya.

 

Sebaik sahaja anda mengetepikan bahagian tersebut, anda akan menggunakan baki gaji tersebut untuk membayar bil dan komitmen bulanan anda.

 

Pada penghujung proses ini, anda akan mempunyai jumlah yang selesa untuk dibelanjakan sepanjang bulan, dan, anda masih akan mempunyai jumlah yang bagus untuk disimpan.

 

Maafkan, Tetapi Jangan Lupa

 

Tidak dinafikan, terlalu mudah sebenarnya untuk mengingati masa lalu, bahkan hanya merangsang kebimbangan dan penyesalan anda lagi. Sebaliknya, cuba anda ambil pendekatan yang lebih positif untuk memperbaiki tabiat perbelanjaan anda dan bukannya meratapi nasi yang sudah menjadi bubur.

 

Memandangkan anda telah menilai kerosakan dan merangka pendekatan yang sesuai untuk menangani isu ini, tiba masanya untuk beralih dari masa lalu. Tetapi, amat penting sekali untuk anda menyimpan nota mental atau fizikal tentang kemungkinan situasi ini bakal berulang, untuk mengelakkan sebarang insiden akan datang.

 

Menggunakan aplikasi yang boleh menjejaki perbelanjaan anda juga mampu membantu anda untuk mencapai kebebasan kewangan. Tetapi ingat, kemunduran mungkin akan berlaku, anda hanya perlu tenang, dan kekal konsisten dengan proses tersebut.

 

Dapatkan maklumat terkini dengan teknik kewangan terkini: Lawati laman web CIMB dan belajar tentang belanjawan dan alat kewangan lain untuk memastikan perbelanjaan anda lebih terkawal.

 

 

Artikel ini dibawa kepada anda oleh CIMB sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan tahap peka kewangan di kalangan rakyat Malaysia. Pengetahuan dan pemahaman kewangan adalah kunci dalam membuat keputusan kewangan yang bermakna dan tepat, sekaligus menambah baik kesejahteraan kita semua. Tujuan ini juga selaras dengan niat CIMB untuk memberi peningkatan kepada pelanggan dan masyarakat.